Assalamualaikum... Hye!
CIA tak dapat nak hapdet AmarDini lagi. Huhu. Ada pengacau yang sibuk nak guna lappy. Insha Allah kalau dah siap satu bab, CIA hapdet. Tak janji tau. Hehe. Tapi, hari ni CIA hapdet cerpen baru. Part 1 ja. Line broadband baru topup, barulah terkocoh-kocoh nak buat. -_-". :D. SELAMAT MEMBACA! :D. Komen positif atau negatif dialu alukan. Boleh CIA upgrade balik. :). ( Kalau ada tersalah apa-apa, bagitau CIA tau. :D)
*****PROLOG*****
�Lensa mata menangkap panorama �indah�. Manusia-manusia berasak ke hulu ke hilir, mengejar duniawi. Kerlipan lampu isyarat hijau menandakan masanya bakal berakhir dan lampu kuning akan menggantikannya sebelum lampu merah. Namun, kereta masih berderu membelah jalan. Sering kali, suasana ini yang terlihat di pandangan mata yang juga mendambakan ketenangan dan kesunyian alam.
Mahukan bunyi cengkerik sebagai teman halwa telinga. Hidung menghirup udara segar tanpa pencemaran. Ah, namun itu hanya mimpi jika masih terperangkap di dunia kota metropolitan yang sentiasa menjadi saksi kesibukan para manusia. Sesekali, bibir terlepas keluhan tanda penat. Penat menghadapi kehidupan ini. Penat dengan kerenah manusia sekeliling. Penat melayan kehendak hati yang seakan menolak takdir di sini.� � Nur.Inara.Idlan (MeAra)
�Ara��
Terhenti jemari runcing yang laju menaip di keyboardAsus putih. Kepala diangkat. Bibir teroles senyum.
�Duduklah, Karin. Maaflah� aku tak perasan kau dah sampai,� Karin senyum. Dia faham dengan kerja Ara, blogger.
�It�s okay, dear. Jadi, ada apa hal kau nak jumpa aku? Selalunya, payah jugaklah kau nak hubungi aku,� Ara cebik. Mana tidaknya, Karin terus saja masuk ke agenda pertemuan mereka hari ini.
Setidaknya, tanyalah keadaan dia dahulu ke apa. Haih.
�Alah, kau bukan tak tahu kerja aku ni. Aku sibuk dengan artikel baru� and you guess what my assignment this time is?�
Karin angkat bahu.
�I don�t know. But, I know that� assignment kau kali ni mesti agak mencabar. Betul tak?�
�Yupp. Sebab tu aku perlukan pertolongan kau. Tapi, aku harap aku tak ganggu kerja kaulah. Memandangkan kau kawan aku yang paling rapat dan kau aje yang boleh tolong aku dalam assignment ni� babe, serius. I need you,� Karin gelak.
Raut Ara seperti terlalu mengharapkan dia. Entah apalah yang serius sangat tu?
�Tell me� what is it?�
�I need to know about schizophrenia. Please,� Ara buat muka comel, matanya dikerdipkan. Dia betul-betul memerlukan bantuan dari Karin yang merupakan doktor psikologi.
Malaslah dia mahu bertemu dengan doktor psikologi lain sedangkan kawan baik dia yang seorang ini juga mampu menolongnya.
�Schizophrenia? Seriously, Ara?�
Ara angguk.
�Semalam punya ceritalah ni. Umi bawa aku pergi rumah kawan dia. Haaa, masa tulah aku ternampak seseorang ni. Tapi, dia punya perangai pelik kau tahu. Macam orang tak betul aje. Aku try search pasal symptom dia tu� aku terjumpalah pasal skizofrenia ni. Jadinya, aku nak kau tolong aku. Ni kira assignment sendirian berhadlah,� Karin terangguk faham.
�Oh. Insha Allah, aku cuba bantu kau semampu yang boleh. Sebelum tu�� Karin berjeda. �Kau ada �masalah hati� eh? Kau jatuh hati kat seseorang tu, kan?�
Ara menampar lengan Karin yang diletakkan di atas meja. Bab-bab fikiran mengarut ni, kasi sajalah pada Karin. Mulalah dia nak mengandaikan yang bukan-bukan. Sabar sajalah punya kawan baik begini.
�Amboi, mulut tu aku cili-cilikan jugak karang ni. Macamlah kau tak kenal aku kan, Karin. Aku cuma nak tahu aje pasal penyakit ni, jangan nak melalut ke lain pulak ya. Lagipun, tak salah rasanya aku nak bantu dia. Bertambah pahala aku,� balas Ara dalam nada geram.
Siapa yang tidak geram jika dituduh sebegitu? Grrr.
�Okeylah. Demi kau yang aku sayang, Cik Nur Inara Idlan� aku akan kosongkan jadual aku. Minggu depan, aku tunggu kau kat tempat biasa. Jangan tak datang pulak,� Terletus ketawa Ara.
�Kot iya pun, kau excited nak berstory-telling dengan aku� janganlah skema sangat. Cik Karina Kamil, aku sentiasa free untuk kau. Okey, jumpa kau minggu depan. Tapi, sekarang ni kau kena teman aku makan. Lapar teruk dah ni,� Asus putih ditolak ke tepi.
Kedua-duanya mula memesan makanan.
Dalam diam, Ara berharap dia berjaya menemukan ubat untuk seseorang yang istimewa baginya itu. Muhammad Isyq Irwan.
Maafkan aku, Karin. Aku tak boleh cerita hal sebenar pada kau. Desis hati Ara.
*****Chapter 1*****
Puan Erene menggelengkan kepalanya melihat keletah nakal anak tunggal lelakinya itu. Sehari kalau tak buat kecoh satu rumah memang tak sah. Hendak melarang, pelbagai alasan si anak berikan nanti. Sudahnya, disabarkan sahaja hati yang sememangnya sedang hangat.
�Maaflah, Ipah. Anak aku tu memang nakal sikit. Dari kecil sampai ke besar, langsung tak berubah,� kata Puan Erene pada sahabatnya, Puan Arifah.
�Biasalah, In. Lagipun, Isyq tu bukannya dewasa lagi. Baru lapan belas tahun. Dah masuk umur dua puluh tahun nanti, hilanglah nakal dia tu. Kau sabar ajelah,� balas Puan Arifah.
�Itulah. Harapnya hilanglah nakal overload Isyq tu nanti. Hah, Ara. Macam mana dengan SPM? Okey?� Puan Erene beralih pula pada Ara.
Ara senyum. Nasib baik tak kantoi, dia asyik renung anak lelaki Puan Erene tadi. Buat malu saja dek tenung anak teruna orang.
�Biasa aje, aunty. Tapi, seronoklah sebab dah lepas. Bolehlah enjoy sikit,� Puan Arifah kerling Ara. Enjoylah sangat.
�Baguslah. Ara dah decide nak apply university mana?�
�Jauh lagi, In. Result dia pun tak keluar lagi,� sampuk Puan Arifah.
Ara hanya sengih. Matanya sempat menangkap susuk tegap Isyq sedang membuli adiknya di tepi kolam. Betullah kata Puan Erene, Isyq memang nakal. Nakal overload.
�Alah, sekarang nilah kena decide. Nanti dah tak kalut. Tapi, kalau Ara nak apply university yang sama dengan Isyq pun seronok jugak. Boleh jugaklah Isyq tolong tengokkan Ara,� cadang Puan Erene.
Puan Arifah tergelak.
�Huish, Ara ni tak adalah pandai macam Isyq tu. Lagipun, Ara ni penakut darah kalau kau nak tahu,� Tersentak Ara dibuatnya dek si umi menceritakan kelemahannya itu pada Puan Erene.
�Loh, kesiannya. Tak apalah, Ara. Apa-apa bidang pun sama aje. Asalkan semangat nak belajar tu ada. Tu yang penting. Ara minat apa?�
Ara pandang Puan Arifah. Uminya itu senyum dan mengangguk.
�Penulisan, aunty. Tapi, Ara tak adalah minat sangat bersastera. Cuma, Ara suka bercerita��
�Bagus tu. Manalah tahu Ara boleh jadi penulis. Ipah, ikut jejak Id jugak anak kau yang seorang ni,� Puan Arifah mengangguk.
�Itulah pasal. Iman dengan Imani pulak, sama-sama minat nak jadi pengembara. Suka sangat snap gambar, penuh satu rumah dia orang gantung frame. Aku dengan Id mampu geleng kepala ajelah. Dah minat dia orang,� cerita Puan Arifah, semangat.
�Umi, aunty� Ara nak join abang Isyq dengan Awin kat sana, boleh?� Takut-takut sahaja Ara meminta kebenaran.
�Pergi ajelah, Ara. Dia orang mesti suka tu. Tapi, kalau Isyq usik Ara� panggil aunty,� pesan Puan Erene.
�Iyalah. Jangan gaduh-gaduh pulak,� Puan Arifah pula berpesan.
Ara membawa diri ke kolam, meninggalkan Puan Arifah dan Puan Irene yang semakin rancak berbual itu.
Dia bukanlah tidak biasa bergaul dengan Isyq dan Awin. Cuma, sejak Isyq tinggal di asrama� mereka sudah jarang bertemu. Hanya Awin sahaja yang menjadi teman berbualnya ketika bertandang ke rumah sahabat baik uminya itu.
�Assalamualaikum,� Salam diberi kepada Isyq dan Awin yang sedang bermain di kolam renang.
�Waalaikumsalam,� jawab Isyq dan Awin serentak.
�Eh, kak Ara. Ingatkan dah tak nak tegur kita orang,� kata Awin yang muda dua tahun dari Ara itu sambil berenang ke tepi kolam.
Ara duduk di kerusi santai.
�Tak adalah. Tadi kak Ara borak dengan aunty In kejap. Kak Ara ingat Awin tak perasan kak Ara datang��
�Eh, mana boleh tak perasan. Dari jauh, Awin dah nampak kereta aunty Ipah. Kak Ara tu hah, dah jarang datang sini. Sibuk dengan boyfriend eh,� Ara gelak nipis.
Mentality budak tak cukup umur, begitulah. Tsk.
�Tak ada maknanya. Kak Ara busy studylah. Kan kak Ara SPM tahun ni. Apalah Awin ni,� tebak Ara.
Awin gelak.
�Alamak, terlupalah pulak. Sorry, kak Ara. Along�� Awin berpaling ke belakang. Isyq masih berenang. Bagaikan tidak mengendahkan kehadiran Ara yang dulunya agak rapat dengannya.
Pelik Awin dibuatnya. Selalu kalau Ara datang, Isyqlah orang pertama yang pergi terkam Ara.
�Awin��
Bibir Ara menyebut nama Awin tanpa sengaja. Dia tersedar dari lamunannya. Ya Allah, lamanya dia tidak bertemu dengan keluarga Puan Erene. Rasanya, sudah lebih lima tahun tidak mendengar khabar berita mengenai Puan Erene sekeluarga.
Ara pantas membawa langkah ke dapur. Mencari kelibat Puan Arifah.
�Ara, kenapa ni?� Muncul Puan Arifah di belakang Ara yang terjengul-jengul di pintu belakang.
�Umi ni. Terkejut Ara,� Ara mengusap dadanya. Untung sahaja dia tiada masalah jantung. Mahunya terkujat dia di situ.
�Yang Ara dok terhendap-hendap kat pintu tu pasal apa? Umi pergi depan, ambil surat khabar kejap. Nak apa ni?�
Puan Arifah hampar helaian surat khabar di atas meja. Kemudian, dia mengambil buah tembikai dari dalam peti ais dan diletakkan di atas hamparan surat khabar tadi.
�Ara cari umilah. Umi�� Ara duduk di kerusi meja makan.
�Iya��
�Dah lama Ara tak dengar cerita pasal auntyIn, abang Isyq dengan Awin. Dia orang apa khabar?�
Terlepas pisau dari tangan Puan Arifah ke lantai. Mujur tidak mengenai kakinya. Ara pelik melihat uminya menggelabah ketika dia bersoal tentang Puan Erene. Kenapa?
�Kenapa pulak Ara nak tahu pasal dia orang? Takkanlah Ara tak pernah berhubung dengan Awin? Kamu berdua kan rapat,� Puan Arifah tidak terus menjawab soalan Ara.
�Kalau Ara contact dengan Awin, tak adalah Ara tanya umi pasal dia orang. Umi, jom kita pergi rumah aunty In nak?� ajak Ara.
�Buanglah fikiran tu jauh-jauh, Ara. Walid tak benarkan umi atau Ara pergi ke rumah tu. Faham,� celah Encik Idlan. Ara menoleh ke belakang.
�Tapi, kenapa?�
�No tapi-tapi, no kenapa. Walid bagi amaran ya. Sesiapa pun yang pergi ke rumah keluarga gila tu, jangan harap boleh balik rumah lagi,� tegas Encik Idlan bersuara.
Membulat mata Ara. Keluarga gila? Siapa yang gila? AuntyIn atau Isyq atau Awin?
�Apa ni, walid? Dulu boleh aje Ara pergi sana dengan umi. Kenapa sekarang tak boleh pulak?� Ara masih tidak berpuas hati selagi tidak mengetahui kebenarannya. �Dan� apa maksud walid, keluarga gila?�
Puan Arifah menunduk. Dia hanya kusyuk membelah buah tembikai. Tidak mahu masuk campur.
Encik Idlan duduk di sebelah Ara. Puterinya itu perlu diberikan pencerahan supaya tiada lagi persoalan yang terbit dari bibir itu.
�Nur Inara, dengar sini walid nak bagitahu��
�Abang, sudahlah. Ara, pergi naik atas. Tak ada benda apa pun yang berlaku,� Puan Arifah tidak mahu Encik Idlan memburukkan keluarga sahabat baiknya lagi.
�No, Ipah. She has to know. Ara, walid tak nak Ara berhubung lagi dengan keluarga Erene. Walid tak sudi anak walid berkawan dengan keluarga gila,� Ara kerut dahi.
Keluarga gila� keluarga gila. Apa yang sebenarnya berlaku sepanjang dia melanjutkan pelajaran di luar negara?
�Rasanya Ara dah cukup dewasa untuk tahu kan, walid, umi?� Soalan Ara membuatkan Puan Arifah sesak nafas.
Encik Idlan tersenyum menang. Bukanlah niatnya mahu memburukkan nama keluarga Puan Erene. Dia hanya tidak mahu isteri dan anak-anaknya turut digelar gila oleh masyarakat sekeliling. Tambahan pula, dia tahu Ara takkan biarkan hal ini begitu sahaja. Anak gadisnya itu bukan seorang yang mudah menyerah kalah jika hati sudah terikat dengan sesuatu.
�Isyq disahkan menghidap Skizofrenia. Ara tahu kan pasal penyakit tu? Dan walid tak nak Ara terlibat lagi dalam keluarga Erene. Faham?� Ara terdiam.
Jadi, inilah sebab walidnya tidak benarkan dia bergaul dengan keluarga Puan Erene. Hanya disebabkan Isyq adalah penghidap Skizofrenia? Sungguh, tidak adil.
�Tak silap Ara, Skizofrenia bukannya berjangkit. Lagipun��
�Walid said no means no, Nur Inara�� Potong Encik Idlan, tegas. Dia kemudiannya berlalu dari dapur dengan rasa bengang.
Ara pandang Puan Arifah. Meminta simpati.
�Ara tetap akan pergi rumah aunty In, umi. Umi jangan risau, Ara takkan apa-apa selagi Allah ada dengan Ara. Lagipun, umi sendiri mesti dah tahu pasal penyakit abang Isyq tu kan,� Puan Arifah mengangguk sambil berlalu ke sinki.
�Umi takkan halang Ara. Tapi, umi nak Ara minta izin walid dulu ya. Selagi walid tak izinkan, Ara jangan pergi. Ara tahukan marah walid tak lama. Pandai-pandailah Ara pujuk walid, ya sayang?�
Lambat-lambat, Ara mengiyakan. Redha ibu bapa lebih penting selagi dia belum berkahwin. Sejauh mana pun walidnya membantah, dia pasti. Encik Idlan pasti akan membenarkan dia ke rumah Puan Erene. Dan, dia juga tahu� Puan Arifah juga menantikan khabar berita tentang Isyq.
*****Chapter 2*****
Kereta diparkir berdekatan dengan taman. Enjin dimatikan. Ara keluar dari kereta Honda Jazznya. Nafas dihela perlahan. Cermin mata hitam tersangkut di batang hidungnya. Sekadar tidak mahu dia dikenali. Mata yang terlindung itu galak memerhati sebuah rumah semi-D mewah dan luas.
Kelihatan seorang wanita yang agak sebaya dengan uminya sedang melayan seorang lelaki di balkoni atas. Ara berpura-pura menilik jam tangan ketika wanita itu seperti perasan akan kehadirannya. Masaklah dia kalau Puan Erene tahu dia sedang mengintip. Sudah beberapa kali juga dia menyelinap ke sini tanpa pengetahuan Encik Idlan dan Puan Arifah.
Ketika disoal dia ke mana, Ara hanya memberitahu dia keluar mencari bahan untuk penulisannya. Mujur sahaja walid dan uminya tidak menghidu aktivitinya yang seringkali ke sini. Dia mahu mengetahui keadaan Isyq.
�Ara akan jaga abang Isyq� sampai sihat. UncleWan, Ara janji. Ara akan tolong unclejaga aunty In, abang Isyq dengan Awin. Selagi Ara ada, Ara akan tunaikan janji Ara�� Gumam Ara sendiri.
Sebelum arwah suami Puan Erene, Encik Irwan meninggal dunia� sempat dia menitipkan pesan pada Ara yang ketika itu turut berada di tempat kejadian. Di mana arwah Encik Irwan telah terkorban demi menyelamatkan Ara yang pada ketika itu hampir sahaja dilanggar sebuah lori minyak. Semenjak itu, Ara sekeluarga terhutang budi pada keluarga arwah Encik Irwan.
�Inara?� Ara tersentak. Dia tidak terus mengangkat wajahnya. �Aunty In tahu anak ni Ara kan?�
�Aunty�� Pantas Ara memeluk tubuh tua Puan Erene. Wajah itu langsung tidak berseri. Seperti Aunty In yang dikenalinya dulu.
�Ara�� Puan Erene menolak perlahan tubuh Ara. �� Ara tak boleh ada kat sini. Tolong aunty. Pergilah balik dan jangan datang lagi. Tolong,� Membulat mata Ara.
�Kenapa? Aunty tak suka Ara datang? Dah lebih lima tahun Ara tak jumpa aunty, Ara rindu,� lirih suara Ara mengadu.
�Cukuplah, Ara. Pergi balik. Aunty tak mahu tengok pembunuh suami aunty di sini. Isyq dan Awin pun sama. Jangan pernah tunjukkan muka kamu pada kami lagi,� Ara terpempan.
�Aunty� ta��
�Sudah! Pergi!� Halau Puan Erene tanpa perasaan. Wajah tua dia juga kelihatan keruh.
Tanpa sekelumit perasaan belas, Puan Erene berpaling dan berlalu meninggalkan Ara yang tercengang.
AuntyIn minta maaf, Ara.
Beberapa minit kemudian barulah Ara bergerak meninggalkan kawasan perumahan Puan Erene. Sesungguhnya, dia perlukan jawapan. Kenapa baru sekarang Puan Erene menolak kehadirannya atas alasan arwah Encik Irwan sedangkan selama ini Puan Erene langsung tidak menyalahkan dirinya. Kenapa?
*****Chapter 3*****
Lama Ara menatap skrin Asusnya. Tiada sepatah ayat pun di dalam mindanya ketika ini. Hanya keluarga Puan Erene sahaja yang difikirkannya sedari tadi. Terbit keluhan di bibir Ara tanpa dipinta. Dia runsing. Sejak dia berhijrah ke luar negara, langsung tiada berita mengenai Puan Erene, Isyq dan Awin. Walid dan uminya juga tidak bercerita tentang mereka ketika mereka berhubung atau sesekali dia dilawati oleh Encik Idlan dan Puan Arifah.
�Aunty In� abang Isyq� Awin,� Satu suara membaca tulisan Times New Roman di skrin Asus Ara. �Ara memang selalu ingatkan dia orang, kan?� soal Encik Idlan.
Dia duduk di birai katil Ara.
�Ara pun tak tahu, walid. Tiba-tiba Ara teringatkan aunty In, abang Isyq dengan Awin. Selama lebih lima tahun Ara study, Ara langsung tak dengar berita dia orang. I miss them a lot, walid. Please, izinkan Ara pergi rumah aunty In,� Lengan Encik Idlan dipeluk Ara erat.
Encik Idlan menekur ke lantai.
�Ara, kadang-kadang� lebih baik kita melepaskan sesuatu perkara daripada terus mengingatinya. Hidup kita takkan sempurna selagi diri kita dibiarkan terikat pada perkara tu,� hujah Encik Idlan tiba-tiba.
�Walid, apa kaitannya pulak dengan aunty In? Kenapa Ara perlu lepaskan ingatan pasal keluarga auntyIn sedangkan Ara memang rapat dengan dia orang? Ara tak faham,� balas Ara, penuh rasa curiga.
Dia yakin, pasti ada sesuatu yang dia masih tidak tahu.
Encik Idlan hela nafas panjang.
�Isyq berkahwin tanpa restu Erene. Dan perkahwinan tulah punca Isyq menderita, Ara. Disebabkan terlalu banyak asakan luar, Isyq tertekan. Dia keliru dengan diri dia sendiri. Sampailah satu hari, Erene perasan sesuatu yang lain pada Isyq. Badan Isyq penuh dengan kesan lebam, isteri Isyq hilang entah ke mana. Erene syak isteri Isyq yang dera Isyq sampai macam tu sekali memandangkan isteri Isyq agak berumur dari Isyq. Tapi, sayangnya Isyq ditinggalkan macam tu aje. Erene yang jaga Isyq sampailah sekarang,� cerita Encik Idlan satu persatu.
Apa lagi yang boleh Ara katakan? Hanya wajah terkejut ditayangkan.
�Abang Isyq dah kahwin? Maknanya, abang Isyq dah kahwinlah masa Ara terserempak dengan dia dua tahun lepas. Walid, Ara tak faham� kenapa walid tak benarkan Ara pergi rumah aunty In,� Encik Idlan menarik Ara agar duduk di sebelahnya.
�Isyq kahwin masa dia masih belajar lagi. Masa tu, isteri Isyq dah bekerja pun. Mulanya Erene tak setuju tapi dia tak sanggup nak biarkan Isyq menderita, Erena butakan mata aje. Erene terima isteri Isyq sebagai menantu walaupun usia mereka jauh berbeza,� jelas Encik Idlan lagi.
�Zeera. Isteri Isyq namanya Zeera, Ara. Isyq berkahwin dengan Zeera masa dia berusia dua puluh tiga tahun. Zeera pulak dah masuk tiga puluh tahun,� Tambah Puan Arifah. Dia duduk di sebelah kanan Ara.
�Atas dasar cinta?� Serentak Encik Idlan dan Puan Arifah mengangguk. Itulah kebenarannya. �Boleh tak walid dan umi cerita kat Ara dari A sampai Z? Ara sayangkan aunty In��
�Termasuk Isyq?�
Ara diam.
Encik Idlan dan Puan Arifah saling berpandangan.
�Ara sayang abang Isyq sebagai saudara, walid, umi�� Ara tidak mahu walid dan umi memikirkan yang tidak-tidak pula.
�Walid benarkan Ara pergi rumah aunty In tapi bersyarat�� Terus bersinar raut wajah Ara. Puan Arifah juga begitu. �Ara pergi dengan umi,� Encik Idlan memberikan kata putus.
Siapalah dia untuk menghalang silaturrahim itu?
�Terima kasih, abang,� ucap Puan Arifah, ceria.
Ara peluk pinggang Encik Idlan. �Terima kasih, walid. I know you�re the best,� Encik Idlan ketawa.
Mahunya seminggu Ara bermasam muka dengannya jika terus berkeras hati. Isterinya pula tentu sangat mendambakan keizinan darinya untuk bertemu dengan Puan Erene setelah sekian lama tidak bersua. Semuanya di atas perintahnya yang melulu. Setelah disedarkan oleh Ara petang tadi, dia akur.
*****Chapter 3*****
24 Disember 2013, 02.33 a.m.
(M.I.I) Sakit. Sakit sangat. Aku tak daya. Aku gagal. Siapa aku dan siapa dia? Tubuhku bukan boneka. Ayyat juga bukan boneka. Dia bernyawa. Aku juga bernyawa. Ya Allah, aku gagal dalam mencari keredhaan-Mu. Tiada yang lebih sakit dari kesakitanku sekarang ini. Kesakitan yang tiada kesembuhannya. Ya Allah, Kau selamatkanlah Ayyat dari terus hidup begini. Ayyat tidak berdosa. Dia suci. Tapi aku. Aku yang gagal. Gagal kerana melahirkan khalifah utusan-Mu dalam keadaan yang hina ini. � Muhammad.Isyq.Irwan
29 Disember 2013, 01.14 a.m.
(M.I.I) Kenapa dengan aku, Ya Allah? Apakah bisikan demi bisikan yang aku dengari itu? Petang tadi aku ke rumah mama selepas mengambil Ayyat dari rumah pengasuh. Aku tanya mama; mama dengar tak suara orang dok berbisik? Mama cakap; merepeklah Isyq ni. mama tak dengar apa-apa pun. Bisikan apakah itu? Sungguh, aku penat. Tapi, aku tahu Ayyat mampu hilangkan penat aku. Namun, jauh di sudut hati aku� aku rindukan Zeera. Zeera yang dulu� huh. � Muhammad.Isyq.Irwan
Ara menekup mulut. Air mata usah diusap lagi kerana semakin ditepis semakin laju ia mengalir. Jadi, Isyq ada titipkan sedikit penulisan ketika dia masih sihat di dalam blog. Blog pertama yang Ara wujudkan untuk Isyq sebagai hadiah hari lahir Isyq yang ke-20. Iaitu sebelum Ara berangkat ke luar negara.
5 Januari 2014, 15.32 p.m.
(M.I.I) Semalam mama datang rumah. Zeera tak ada. Mama tanya; Zeera ke mana? Aku jawab; Zeera keluar beli barang sikit. Mama macam tak percaya. Tapi aku cuba yakinkan mama. Takkan sesekali aku benarkan family aku tahu masalah rumahtangga aku. Takkan. Mungkin naluri seorang ibu tu kuat. Mama ternampak lebam lebam di badan aku. Dan� mama yakin Zeera mendera aku. Berjuta kali aku nafikan tapi mama tetap salahkan Zeera. Huh� aku, Zeera dan Allah saja tahu apa yang berlaku. � Muhammad.Isyq.Irwan
20 Januari 2014, 10.00 a.m.
(M.I.I) Zeera minta cerai! Ya. Mungkin dia sendiri dah tak tahan dengan masalah aku. Aku langsung tak salahkan dia sebab aku tahu cerai adalah jalan terbaik untuk kami. Sebelum keadaan aku melarat, lebih baik aku �lepaskan� dia. Ramai lagi lelaki yang lebih layak untuk Zeera. Tapi, aku tak sanggup nak berpisah dengan Ayyat. Dia anak aku dan sampai bila-bila pun dia tetap anak aku. Biar Zeera berkahwin lain sekalipun, Ayyat tetap anak aku. Ayyat, papa sayang Ayyat. � Muhammad.Isyq.Irwan
�Cik Nur Inara?� Tegur seorang wanita dalam lingkungan 30-an. Ara bangkit dari duduknya. Silau sedikit matanya dek terlalu kusyuk membaca coretan Isyq di blog milik lelaki itu.
Salam dihulur.
�Saya, Inara. Just call me, Ara. Awak, Zeera?�
�Jemput duduk, Ara�� Suasana bisu seketika. �Saya Zahira. Dah lama sangat saya tak dengar orang panggil saya, Zeera. Cuma�� Zeera berjeda. Tiada perkataan yang terluah untuk jelaskan hal itu.
�Sebab Isyq seorang aje yang panggil awak Zeera, kan?� Ara pandang Zeera tepat. Biarpun payah, dia tetap mengulas senyuman.
�Ma� macam mana awak tahu? Awak kenal Isyq?� tanya Zeera, agak gementar.
�Aunty In, mama Isyq� kawan baik umi saya. Dah lama saya kenal Isyq. Tapi, lama jugak kami lost contact. Lebih lima tahun. Tak sangka Isyq dah kahwin dan sekarang dia adalah seorang duda,� Zeera menunduk.
�Itulah lumrah hidup. Tak semestinya orang yang berkahwin tu jodoh kekal. Macam kami,� balas Zeera. Dia sebenarnya kekok kerana Ara langsung tidak berpaling.
Mata coklat itu tetap merenungnya. Bagaikan tiada kesudahan.
�Boleh saya tahu, macam mana Isyq boleh jadi macam tu? Sepanjang saya kenal dia, dia baik-baik aje,� tujah Ara tanpa rasa bersalah.
Zeera diam.
�Tak perlulah awak tahu, Ara. Tak elok kan membuka aib sendiri,� Pandai Zeera berkata-kata.
Malangnya dia berurusan dengan orang yang salah. Ara bukanlah seorang gadis yang mudah mengalah.
Ara senyum sinis.
�Iya? Jadi, rasanya awak dah lama membuka aib awak sendiri,� Zeera kerut dahi. Tidak faham maksud sebenar Ara berkata sedemikian.
�Apa maksud awak?�
�Bekas suami awak, Isyq menderita. Disahkan sebagai pesakit skizofrenia bukan sesuatu yang mudah. Dia menceraikan awak demi kebaikan awak tapi malangnya� perkataan cerai dimulakan oleh awak, Zeera. Mungkin betullah memang bukan jodoh awak dengan Isyq,� tukas Ara.
Tiada lagi belas kasihan untuk Zeera. Ketika ini, hanya Isyq sahaja di mindanya.
�Hak saya sebagai seorang isteri pada ketika itu untuk meminta sedikit keadilan untuk saya dan anak kami. Tak mustahil satu hari nanti, dia akan mencederakan kami. Awak tak ditempat saya, Ara. Jangan pernah cuba untuk menjadi pengadil kalau awak sendiri tak mengalami seperti apa yang saya alami sepanjang perkahwinan kami,� tegas Zeera bersuara.
Membela dirinya.
Namun, Ara hanya bersikap biasa. Bibirnya tetap tersenyum. Dia tenang.
�Ya, awak betul. Saya tak alami apa yang awak lalui. Sekurang-kurangnya, saya faham Isyq berkorban demi awak dan Ayyat. Dia tolak cemuhan orang sekeliling demi pertahankan awak. Tak rasa ke awak terlalu ego untuk mengambil tahu sebab musabab Isyq jadi macam tu?�
Zeera bangun. Tidak betah lagi dia mahu berhadapan dengan Ara.
�Seperti yang saya cakapkan tadi, awak tak berada di tempat saya. Jadi, jangan semudah tu menghukum orang��
Ara melempar beberapa keping foto di atas meja kopi.
�Ini apa? Mengikut tarikh pada gambar-gambar tu, perkahwinan awak dengan Isyq masih berlangsung ketika gambar diambil. Tak silap saya, perkahwinan awak berdua baru masuk ke tahun kedua. Kan? Tapi, yang peliknya� kenapa ya awak berduaan dengan bos awak masa Isyq tak ada?� Tenang sahaja bicara Ara walaupun dadanya bagaikan mahu meletup.
�Such a bad stalker,� cemuh Zeera perlahan.
�Untuk pengetahuan awak, Cik Puan Zahira. Semua bukti-bukti kecurangan awak, saya ambil dari dalam kotak milik Isyq. Bekas suami awak. Saya tahu� awak dah cukup pandai untuk meneka kebenarannya,� Ara bangun. Pandangannya langsung tidak terlepas dari memandang Zeera yang tergamam.
Berpenampilan wanita berkerjaya. Namun, punya sebuah kisah �sedih� di sebalik keterampilan bergaya itu.
�Itu sahaja untuk hari ini, Cik Puan Zahira. I�ll be back. Oh, ya. Sebelum saya terlupa, mulai hari ini saya harap awak lebihkan masa awak untuk Ayyat. Sebab saya tak yakin Ayyat akan terus berada di samping awak. Pihak keluarga Isyq akan membuat tuntutan hak penjagaan Ayyat. At that time, I won�t let you see your own child. Assalamualaikum,� Ara memberi amaran sebelum melangkah pergi meninggalkan Zeera di perkarangan lobi syarikat.
Zeera terdiam. Dia terkaku.
Ara melangkah bersama kepuasan hatinya.
to be continued...
0 Komentar untuk "Cerpen : Dia... Si Penghidap Skizofrenia 1"