CIA �Sempoi� Story


Assalamualaikum� Hye!
Bertarikh 16/3/2014 (3.56p.m). alkisahnya, CIA terbuka hati nak story mory kat sini kisah yang CIA sendiri rasa macam tersangatlah biasa. memang biasa sangat. kenapa? sebab bukanlah love story. sad story pun bukan. it just �sempoi� story about my old time. masa zaman sekolah dolu-dolulah. tak silap CIA, form four kot. ada kotlah sangat. padahal terpahat lagi kat dalam kepala otak ni �sempoi� story tu. hahaha.
tiba-tiba terfikir nak menulis pasal someone ni.  not the special one. cuma, still teringat ingat lagi moment tu. he(okeylelaki) was my� what ah? emmm, facilitator @ we just call faci kan sekarang ni. tadi, lepas terbangun dari tidur petang. after take a nap kejap. padahal nak sambung lagi sebelum masuk asar. tapi, ada pulak gangguan. time ni jugaklah ada yang call bagai. dek dah tak mengantuk, CIA pun bukalah twitter. saja nak tahu perkembangan pasal MH370. #prayforMH370. then, sambil-sambil tu terkutuk dalam hati sebab ada yang dok sibukkan timeline kita. troll ke bawah lagi, CIA nampak that someone post status. something like, �keja dok RT ja, block nanti baru tahu�. tapi, CIA okey ja. tak adalah sampai nak block. RT kan untuk hebahkan sesuatu. so, it�s good.

CIA terkejutlah. tersama pula fikiran kita ya. hahaha. mood syok sendiri dah sampai dah. mengada! mulalah terimbau kenangan dolu-dolu. nak mention nama kang, silap hari bulan dia tertekan blog den ni, mampus. so, abang IA jolah ya. selamat membaca pengalaman CIA sendiri eh. bukan CIA punya love story tau. �sempoi� story from CIA. sengaja nak malukan diri sendiri kat sini. Smile

ehem� ehem! take a deep deep breath.

hampir enam tahun yang lalu, CIA ada pergi kem. bukan kem yang masuk jungle tu semua. tapi, kem untuk pelajar yang dapat biasiswa dan juga pengawas. time tu, CIA form four dan diwajibkan semua form four ikut pergi kem. kami pun ada dua kelas ja. tak sampai seratus orang pun. kem tu dibuat dekat Batu Feringghi, Penang. emmm, bekas kem tentera/resort. tenang sangat kat situ okey. tempat tu menghadap laut yang luas gila. dengan sejuknya. ekstremlah. resort ni kat atas bukit. kat area bawah sikit tu adalah chalet sebab area pantai kan. memang tempat orang bercutilah.

CIA tak berapa nak ingat sangat since it was happened almost six years ago. tahun 2008, bulan 7. tapi, yang paling CIA ingat� happening sangat-sangat. even, tu kem motivasi. tak macam motivasi. just kem santai gitu. memang tak puaslah dalam tiga hari dua malam. makanan yang disediakan pun superb. boleh gemuk kalau hari-hari ada kem macam tu. hehehe. cikgu arrangekan dua tiga orang motivator untuk motivate kami. best sangat. teringin pula nak buat aktiviti macam tu lagi.

bukan motivator ja yang cikgu jemput. cikgu siap panggil enam orang kalau tak silap CIAlah untuk jadi faci kami dalam masa tiga hari tu. semua faci yang cikgu panggil tu pandai-pandai belaka okey. jealous CIA. sebabnya, faci-faci tu tengah cuti sebelum fly kat tempat study dia orang. dari enam orang tu, empat orang kot ambil medic. dia orang baru habis latihan dekat kolej apa entah. petang hari pertama tu, cikgu minta semua faci kenalkan diri. kami ni memang excited gilalah. tambah student perempuan. faci lelaki gempak-gempak belaka. sempoi memanjang. tapi, ada sorang ni senyap sikit. depan kami ja kot.

masa tengah depa dok sibuk kenalkan diri, CIA siap chop lagi nak faci yang seorang ni. dalam hati dok berdoa harap-harap abang tu jadi faci untuk kumpulan CIA nanti. hahaha. gedik di situ. biasalah, budak tak matang lagi. jeng jeng jeng. tibalah masanya nak settlekan ahli kumpulan dengan faci. kami kena sebut number dari satu sampai enam berulang-ulang. CIA dalam group number 3. so, mulalah bising satu dewan yang kecik ja tu sebab kami nak cari ahli kumpulan yang lain. faci pun dah cabut number yang dah cikgu tulis kat kertas. haaa, ni yang suspens. faci angkat tangan depa yang ada kertas number tu.

and, guess what? rasanya dah tau kot. hahaha. macam obvious sangat kan dari awal tadi. we�ve got him. oh, no! CIA macam nak meloncat kot. sabar sabar. sebelum minum petang, cikgu suruh kami berkenalan dengan ahli kumpulan even kami dah memang kenal. kenal sangat-sangat dah. disebabkan faci tak kenal kami, so kami kenalah kenalkan diri kami. time tu, faci memang dah sedia dengan fail untuk program petang tu. setiap kumpulan kena pilih tempat untuk aktiviti petang tu. tak kisahlah kat mana. tapi, tetap dalam area resort.

time perkenalkan diri tu, CIA terkena dengan that someone, mr IA. tsk. memang patut pun. CIA ni jenis yang cepat gemuruh. automatik, depan ramai orang jadi sejuk satu badan. sampai turn CIA nak kenalkan diri. and, wajib kena jugak sebut nama panggilan setiap seorang sebelum CIA. CIA sebutlah tapi CIA tak tengok muka depa. CIA tengok kertas. ketaq lutut sebab semua tengok kita kan. hehehe. mr IA tu pun pesanlah,

�lepas ni, jangan tengok kertas na. kalau boleh tengok orang yang kita sebut nama tu. barulah kita ingat.�

lebih cenggitulah dialog dia. CIA sengih jalah. malu! sudahlah, mr IA tu dalam list faci favourite. okey, enough! sampai sekarang CIA still ingat pesanan tu. Alhamdulillah, CIA praktik semua tu. thanks to him. tiga hari dua malam beraktiviti dengan mr IA, kira okeylah. best! tapi, ada juga aktiviti yang kami kena buat sendiri tanpa faci. yang CIA ingatlah,

---> teropong bintang. cikgu nak setiap seorang cari bentuk-bentuk bintang. example: cancer, aquarius, capricorn, etc. kebetulan malam tu memang banyak bintang. it was nice and sooo beautiful.

---> interview mat saleh dekat pantai. aktiviti paling mencabar. speaking kami tak adalah baik sangat. tapi, they�re so nice. kami interview sorang mat saleh ni, tengah main bole tampar. lelaki, badan tinggi plus tough. so hot! haha. sampai ternganga mulut kami bila dia bagitau umur dia sama dengan kami! ENAM BELAS TAHUN! faedahnya makan cheese kot. hahaha.

seronok punya seronok, mestilah ada perpisahan. hari terakhir before balik asrama, kami semua jumpa faci masing-masing. faci memang hot stufflah masa tu. semuanya nak mintak autograph bagai. termasuklah CIA. saja nak menggedik. hehehe. mr IA pun tulislah dia punya alamat emel, nama penuh, no.fon and singnature. still simpan lagi sampai sekaranag. even, emel tu mr IA dah tak guna kot. Rolling on the floor laughing

tapi, sekarang kan dah ada facebook twitter semua. senanglah nak trace. kan kan kan? CIA buat gedik add fb and follow twitter. bukan sebab minat tau. tapi, ADMIRE. Mr IA tengah study kat Prague. tak silap uni of chezh. tak surelah. hmmmmm. begitulah ceritanya. kadang-kadang rajin juga CIA nak menegur. tapi, benda dah lama. of courselah dah tak ingat. CIA ingat pun sebab mr IA one of my motivator. he teach us something that have the value. kita pun mesti ingat cikgu-cikgu kita kan. once again, thanks to him. CIA dah tak kaku sangat kat depan audience. seboleh mungkin maniskan wajah, pandang audience. InshaAllah, hilang terus rasa gabra tu.

sorry kalau membosankan. saja nak share story CIA. hehehe. terima kasih pada yang sudi membaca sampai habis. panjang ni. sorry kalau ada yang tersilap ejaan ke apa. malas nak baca balik. hehe.
p/s : harap sangat Mr IA tak menjumpai blog ni. even, terpampang link dekat twitter. dia tak minat kot baca cerpen+novel. hope so. terima kasih ya, Mr IA. gambar bawah bukti okey. hehe. tapi, kena blurkanlah. kantoi pulak kita. Winking smile

ikhwan
0 Komentar untuk "CIA �Sempoi� Story"

Back To Top