Tali leher berbelang putih hitam ditanggalkan. Butang paling atas dibuka. Lalu badan yang terasa lemah itu dihempas ke sofa di ruang tamu. Ingin terus naik ke bilik, matanya sudah mula memberat. Akibat teruja sangat main hujan semalam, inilah padahnya. Suhu badan sudah meningkat tinggi. Huh!Nak menyesal pun dah tak guna, benda dah jadi.
�Assalamualaikum,� Medinna memberi salam. Dia menanggalkan heels lima incinya lalu dimasukkan ke dalam almari kasut.
Tiada sahutan suara yang menjawab salamnya. Dijengah kepala ke luar. Kereta si suami terparkir elok sahaja di garaj. Masih terasa lagi haba ketika melepasi BMW 520i milik suaminya itu. Kaki Medinna dibawa ke ruang tamu. Matanya tertancap pada susuk tubuh sasa si suami yang enak berbaring di sofa lebar. Senyuman terukir di bibir merah Medinna.
�Abang,� panggil Medinna lembut sambil tangan mengusap ubun-ubun si suami. Panas!
�Emmm� dah balik?� Serak sangat suara itu di pendengaran Medinna. Dia mengulas senyuman kepada suaminya.
�Baru balik. Jomlah naik atas. Fia tolong��
Sesekali demam begini dapat bermanja bagus juga. Medinna memapah Uqais naik ke bilik mereka di tingkat atas. Sampai sahaja di bilik, Uqais terus berbaring ke katil. Selesa rasanya dapat berbaring begini. Hilang sedikit kepeningannya.
�Abang rest dulu. Fia siapkan bubur. Dah solat asar?� Uqais mengangguk lemah. Sebelum pulang dari pejabat tadi, dia sempat bersolat berjemaah bersama staf di pejabatnya.
*****
Telefon bimbit Uqais berdering kuat. Uqais membuka matanya perlahan. Dia mengambil telefonnya dari kocek seluar lalu dijawab tanpa melihat siapa yang menelefon.
�Fat, papa cakap Fat demam. Nak mama datang rumah?� Uqais melihat dada telefonnya sebentar. Mamanya yang menelefon.
�No, I�m okay. Mama jangan risaulah. Lepas makan ubat, legalah demam ni. Lagipun, Fat demam tak teruk sangat pun��
�Betul ni? Mama risaulah Fat sorang-sorang kat rumah. Tak pun mama suruh Pak Hamid ambil Fat. Duduk rumah sini, senang mama nak tengokkan,� Uqais bingkas bangun bersila. Badannya bertenaga sedikit.
�It�s okay, ma. Fat okey aje��
Medinna masuk ke bilik sambil membawa dulang berisi bubur ayam dan segelas susu berserta ubat demam. Dia tidak bersuara apabila ternampak Uqais sedang berbual melalui telefon. Takut jika saudara Uqais yang menelefon. Haih, inilah padahnya jika berkahwin secara rahsia. Nak buat apa-apa pun kena berahsia.
�Kalau dah itu kata Fat, mama ikut ajelah. Tapi, kalau esok tak okey jugak. mama sendiri akan pergi rumah Fat. Sama ada Fat suka atau tak. Faham?�
�Iya, ma. Okeylah mama. Fat nak mandi kejap. Melekit dah badan ni,� Tak sanggup lagi dia berbual dengan Puan Sri Julia.
Uqais menghempas badannya kuat ke tilam. Penat juga berkahwin secara rahsia ni. Ingatkan dulu, okeylah kahwin tak beritahu ibu bapa ni. Takut Medinna kena rejectlah kononnya. Memang takut pun. Tan Sri Adli dan Puan Sri Julia bukannya suka dengan Medinna tu. Disebabkan sayangnya pada Medinna kuat, dia nekad untuk berkahwin juga dengan isterinya itu.
�Go, wash up first. Nanti Fia suapkan yoububur,� Medinna berkata lembut. Mata Uqais yang layu itu kini tertancap pada wajah lembut Medinna. Terasa tenang fikirannya yang berserabut ketika itu.
�Why not� Fia mandikan abang. Tak laratlah,� Lemah saja suara serak itu. Dah demam pun masih nak menggatal lagi. Hailah suami.
�Hah? No. Pergilah mandi cepat. Nanti sejuk pulak bubur tu. Meh Fia bukakan butang baju��
Medinna menapak naik ke katil. Dia mendudukkan suaminya untuk membuka butang kemeja Uqais. Uqais mengambil kesempatan itu untuk menatap wajah isteri kesayangan. Medinna yang masih bertudung itu mampu membuatkan bibirnya tersenyum. Kalaulah isterinya itu diterima papa dan mamanya, pasti dialah orang yang paling bahagia.
�Take off your eye from me, abang. I�ve done my job. Now, go,� Uqais mencuit hidung Medinna lembut sebelum berlalu ke bilik air.
*****
Medinna menonton televisyen seorang diri. Entah cerita apa pun dia tak tahu. Malas nak ambil tahu. Dek terlalu bosan menonton seorang diri, dia mencapai laptoplalu mengexplore sesuatu yang mampu buat dia tertarik. Akhirnya blog-blog bloggersterkenal yang menjadi tatapan. Macam-macam maklumat dia dapat berkongsi. Tengah asyik membaca entry di blog, ada mesej yang baru masuk ke YMnya. Pantas jarinya laju menekan pesanan mesej itu.
�Ibu sakit. Baba suruh kak Med balik segera. Walaupun sekejap aje.�
Mata Medinna memandang tajam ke setiap patah perkataan di hadapannya. Baba want her to back home? Seriously? Mana perginya gelaran anak tak kenang budi itu? Dibuang keluarga tanpa mendengar dahulu penjelasannya. Bagi baba, dia hanya anak yang selalu buat mereka malu sahaja. Kenapa sekarang perlukan dia di saat ibu sakit? Cepat sungguh baran baba hilang. Hanya kerana dia meminta izin untuk berkahwin dengan Uqais sahaja, terus dibuang keluarga.
�Balik aje, Fia,� Medinna tersentak. Uqais melabuhkan punggungnya di sebelah Medinna.
�Abang tak faham apa yang Fia rasa. Hampir tiga tahun, abang. Fia hidup macam anak yatim sedangkan Fia masih ada ibu bapa. Disebabkan itu jugalah kita terpaksa kahwin rahsia macam ni��
Uqais merenung wajah polos isterinya. Dia faham akan perasaan Medinna. Namun, dia tidak mahu menambah garam ke luka isterinya. Luka lama masih lagi terasa sakitnya.
�Ya, abang tahu. But, at least for your mum. Tak baik buat ibu macam tu. Abang izinkan Fia balik rumah baba,� pujuk Uqais. Keluarga Medinna bererti keluarganya juga. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk berbakti kepada keluarga mertuanya.
�Fia takkan balik tanpa abang,� kata Medinna tegas. Uqais mengeluh perlahan. Dua tahun berumah tangga dengan Medinna membuatkan dia sangat faham kerenah isterinya itu. Medinna boleh jadi keras hati jika hal itu menyakitkan hatinya.
�Look, Medinna Safia. Abang dah cukup bersyukur sebab baba sudi nak walikan Fia masa kahwin dulu. Abang tak nak dengan kehadiran abang kat rumah baba buat marah baba bertambah lagi,� Medinna buat muka tak puas hati. Bagai nak carik-carikkan saja wajah kacak suaminya itu.
�No. Sooner or later, they have to accept it. Dia orang kena terima Fia dah kahwin, dah ada suami. Tak bolehlah asyik nak ikut cakap dia orang aje. Keputusan Fia muktamad. Fia takkan balik rumah baba tanpa abang,� balas Medinna sambil berpeluk tubuh.
�Okey, abang ikut. Tapi, kalau apa-apa jadi, abang nak Fia kuat. Boleh?� Medinna tersenyum lebar. Dia memeluk tubuh sasa suaminya. Pelukannya berbalas.
Dia sayangkan Uqais yang baik. Uqais yang memahami. Uqais yang sudi menjadi bantalnya untuk bersandar. Uqais yang sentiasa sayangkan dia. Uqais yang caring. Uqais yang akan memaafkannya jika ada kesalahan yang dilakukan.
�Dah, jangan peluk lama-lama. Berjangkit pulak demam abang ni nanti,� Uqais menolak tubuh Medinna yang melekat di tubuhnya lembut.
�We get sick together. Isn�t sweet, abang,� Medinna tersengih nakal.
�No sweet-sweet. Siapa nak jaga kita kalau dua-dua sakit?�
�I know. Jomlah tidur. Mengantuk dah,� Medinna menjegilkan matanya yang sudah merah dek kerana mengantuk itu..
Satu keistimewaan Medinna ialah mata hitamnya akan membulat apabila dia mengantuk. Macam mata baby. Uqais jatuh cinta dengan mata itulah di saat pertemuan pertama mereka. Bertemu di dalam perut Air Asia airplane ketika ingin ke US kerana urusan kerja.
Ditakdirkan Uqais dan Medinna duduk bersebelahan. Hampir saja nak touch down, Uqais terpandang mata Medinna yang membulat sedang menguap. Dan terus hatinya tertarik pada mata Medinna yang ketika itu, mata hitamnya hampir menutup kawasan putih. Comel!
*****
Dua hari selepas itu, Uqais dan Medinna pulang ke rumah Encik Saiful dan Puan Rohani di Melaka. Agak berat Medinna untuk melangkah ke rumah itu. Namun, setelah dipujuk Uqais, dia terpaksa masuk juga.
�Assalamualaikum,� Uqais memberi salam. Nak harapkan isterinya, sampai esoklah mereka berdiri kat luar ni.
�Waalaikumsalam,� jawab Syaza, adik Medinna yang sudah muncul di muka pintu. Membulat matanya melihat kakak kesayangan di depan pintu.
�Jaja��
�Kak Med��
Mereka berpelukan seketika. Melepaskan rindu setelah sekian lama tak berjumpa.
�Baba dengan ibu mana?�
�Ada kat atas. Jom masuk. Abang Qais, jemput masuk,� Uqais dan Medinna beriringan masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Encik Saiful yang merupakan pemilik beberapa buah bengkel kereta di Malaysia memang tersangat mampu untuk memiliki sebuah banglo.
�Ibu sakit apa, Jaja?� soal Uqais kepada Syaza.
�Darah tinggi, abang Qais. Ibu gaduh dengan baba sebab baba still berkeras tak nak pujuk kak Med balik. Sebabkan terlalu marah kat baba, tekanan darah ibu naik. Tiba-tiba pengsan semalam. Nasib baiklah doktor cakap tak teruk sangat,� jelas Syaza. Mereka sama-sama melangkah ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di situ.
�Sebab tu� baba nak kak Med balik?� tanya Medinna pula.
�Ya, kak Med. Takut tekanan darah ibu naik tinggi lagi, baba suruh Jaja bagitahu kak Med ibu sakit. Macamlah kak Med tak tahu perangai baba tu. Keras kepala,� selamba sahaja Syaza mengutuk babanya.
�Amboi, bukan main sedap Jaja kutuk baba eh. Baba dengar nanti baru tahu,� balas Medinna sambil mencubit lengan Syaza. Syaza tersengih.
�Jaja, buat apa kat bawah tu lagi? Jemputlah tetamu naik. Ibu tunggu,� Kuat suara Encik Saiful dari tingkat atas. Mereka bertiga saling berpandangan.
�Jomlah naik. Mesti ibu tak sabar nak jumpa kak Med dengan abang Qais��
*****
Medinna menggenggam tangan Uqais erat. Uqais yang perasan akan perubahan raut wajah Medinna yang mula mendung itu mengeratkan pegangan tangannya. Sampai sahaja di muka pintu bilik, Medinna tercegat memandang ibunya yang sedang bersandar lemah di kepala katil. Pucat sekali wajah tua itu. Syaza sudah menghilang ke biliknya. Nak solat zohor katanya.
�Assalamualaikum, ibu, baba,� Medinna memberi salam sebelum menapak masuk ke dalam bilik. Puan Asma tersenyum ceria.
�Waalaikumsalam, Med. Come,� Puan Asma menggamit Medinna agar dekat dengannya. Medinna memandang Uqais dan lelaki itu mengangguk.
�Ibu dah sihat?� soal Medinna sambil menyalami tangan ibunya dan sebuah ciuman dihadiahkan di kedua pipi Puan Asma.
�Ibu dah sihat sekarang. Dapat tengok Med buat ibu sihat sangat. Med apa khabar?�
�Sihat, ibu��
�Itu suami Med?� Medinna mengangguk perlahan.
�Iya, ibu. Fattah Uqais,� Uqais pantas bersalam dengan ibu mertuanya. Puan Asma mengusap rambut Uqais saat menantunya itu tunduk untuk menyalaminya.
�Handsome. Patutlah anak ibu ni nak sangat kahwin dengan menantu ibu ni. Ibu tak fahamlah kenapa baba tak suka,� Puan Asma mengerling Encik Saiful yang sedang termenung di balkoni. Bukan dia tak tahu, suaminya itu juga turut merindui puteri sulung mereka ini. Cuma ego saja.
�Bukan handsome aje, bu. Baik, penyayang� apa lagi, abang?�
�Ish, biasa ajelah. Ibu dengarlah Fia cakap merapu ni,� Puan Asma tersenyum.
�Qais panggil Med, Fia?�
�Ha�ah, bu. Special tak? Abang orang pertama panggil Med, Fia,� Puan Asma mengusap tangan Medinna lembut. Dia bahagia melihat senyuman manis terukir di wajah Medinna. Tahulah dia bahawa menantunya itu memang seorang yang baik dan bertanggungjawab.
�Specialsangat. Barulah best macam tu. Jaja banyak cerita pasal Qais dekat ibu. Bukan main puji lagi abang ipar dia ni. Ibu happy sangat anak ibu ni bahagia dengan suami dia. Ibu minta maaf sebab tak hadir masa kamu berdua akad nikah dulu,� ujar Puan Asma.
�Tak apa, ibu. Kami dah bersyukur sangat baba sudi jadi wali Fia. Maksudnya kami dah dapat restu dari baba dan ibu. Cuma, Qais minta maaf sebab masih merahsiakan perkahwinan kami dari pengetahuan papa dan mama Qais,� balas Uqais sopan. Medinna yang duduk bersebelahan suaminya di birai katil tersenyum mendengar penjelasan itu.
�Insha Allah, satu hari nanti mereka boleh terima Medinna sebagai menantu mereka. Buat masa sekarang janganlah keruhkan lagi keadaan��
�Elok sangatlah awak cakap macam tu. Sampai bila nak berahsia? Takkan sampai bila-bila kamu tak nak bagitahu ibu bapa kamu pasal Medinna, Qais. Kami sekeluarga tak ingin langsung harta keluarga kamu tu. Kami pun berduit. Baba tak nak nanti Medinna jadi mangsa hinaan keluarga kamu tu. Cukuplah baba dan ibu saja yang dihina. Baba tak sanggup kalau anak baba yang kena hina,� Uqais dan Medinna tersentap.
�Apa maksud baba?� tanya Medinna. Wajahnya berubah serta merta tatkala mendengar perkataan hina. Baba dan ibu dihina? Tapi kenapa?
�Papa dan mama menghina baba?� Uqais turut ingin mengetahui kebenarannya.
�Iya. Kalau kamu berdua nak tahu, Tan Sri Adli pernah datang ke bengkel jumpa baba. Dia ada tawarkan sejumlah wang untuk pisahkan kamu berdua��
Biarlah kebenaran yang disimpannya selama bertahun-tahun itu terbongkar. Dia tidak sanggup lagi untuk berpura-pura bencikan anak dan menantunya. Padahal kasih sayangnya tidak pernah putus. Dia langsung tidak berniat untuk membuang Medinna. Cuma ketika itu Encik Saiful buntu. Dan akhirnya dia hanya bersetuju sahaja untuk membenarkan Medinna berkahwin dengan Uqais.
�Maafkan Qais, baba. Qais tak tahu semua tu. Qais tak sangka papa sanggup ugut baba dan ibu,� Uqais mengeluh perlahan. Berat rasanya perasaannya ketika ini. Kalau boleh dia ingin beredar dari rumah Encik Saiful dengan segera. Dia malu bagi pihak papanya.
�Sudahlah. Biar yang lepas tu lepas. Baba senang tengok Medinna bahagia. Maksudnya kamu memang layak jadi menantu baba,� Uqais terus meluru ke arah Encik Saiful dan memeluk mertuanya itu.
�Baba,� Medinna turut memeluk Encik Saiful. Terasa bersalah pula kerana telah menyalahkan babanya selama ini. Uqais berasa sangat malu dengan perbuatan papanya. Disebabkan itu, Medinna terpaksa berjauhan dari keluarganya selama hampir tiga tahun.
*****
Uqais hanya mendiamkan diri sahaja sebaik pulang dari rumah Encik Saiful tadi. Selepas membersihkan diri dan solat isya�, dia terus berteleku di meja kerjanya. Masih banyak kerja yang perlu dibuat.
�Your coffee,� Medinna meletakkan mugberisi air kopi kegemaran Uqais di atas meja kerja lelaki itu.
�Thanks,� ucap Uqais tanpa memandang Medinna. Medinna tersenyum nipis. Mesti ada yang tak kena ni. Medinna memeluk leher suaminya dari belakang.
�It�s okay. Papa dan mama cuma nak yang terbaik untuk abang. Fia dah bersyukur sangat sebab abang still terima Fia even papa dan mama membantah. Cukuplah abang percayakan Fia� sayangkan Fia. Pengorbanan abang berkahwin dengan Fia walaupun perkahwinan kita dirahsiakan, Fia hargai sangat-sangat. Fia tak pernah menyesal tau,� ujar Medinna panjang.
Uqais terharu mendengar ujaran isterinya. Dia berpaling lalu memeluk pinggang Medinna erat. Medinna mengusap kepala suaminya lembut.
�Sayang, abang kekoklah pulak kita macam ni,� Medinna mengecilkan matanya.
�Kekok?�
�Iyalah. Sebelum ni kita just sembang mesra-mesra aje. Tak pernah ada serious talk like just now. So weird,� balas Uqais sambil buat muka.
�Ada-ada ajelah abang ni. Dahlah, sambung balik kerja abang tu. Nanti lambat pulak tidur,� Medinna memicit bahu suaminya lembut.
�Iyalah. Sayang pergilah tidur dulu. Nanti abang datang ya,� Uqais bersuara romantik sambil buat muka gatal. Medinna menjegilkan matanya.
�Fia tidur dululah. Malas layan abang yang miang ni. Goodnight,� Medinna mencium pipi Uqais sebelum berlalu ke katil. Sebelum tidur sempat lagi mengupdate status Twitter.
*****
�Sorry,� ucap Medinna apabila dia terlanggar seseorang. Nak cepat sangat sampaikan terlanggar orang.
�Tak apa. Salah saya yang tergesa-gesa,� balas seorang wanita. Medinna mengangkat wajahnya.
�Maafkan saya ya��
�Eh� saya okey. Nak cepat sangat sampai tak nampak orang dah,� Wanita itu membalas sambil tersenyum.
�Samalah saya pun. Suami saya dah tunggu kat restoran depan sana. Dah terlambat,� ujar Medinna ramah.
�Oh, iya ke. Sebelum terlupa, saya Puan Sri Julia. Panggil auntie aje,� Medinna terpempan. Namun cepat-cepat menarik senyuman manis.
�Saya, Medinna,� Medinna bersalaman dengan Puan Sri Julia. Hampir terjatuh air matanya.
�Sedapnya nama. Eh, auntie pergi dululah. Driver auntie pun dah tunggu kat luar,� Puan Sri Julia memeluk Medinna penuh kasih sebelum berlalu ke pintu keluar di pusat membeli belah terkemuka itu.
Dia jatuh sayang pada Medinna. Entah kenapa sejuk rasa hatinya ketika melihat wajah itu. Mungkin wajah itu agak persis anak lelakinya, Fattah Uqais.
�Maaf, abang. Ada hal sikit tadi,� kata Medinna sebaik sahaja tiba di meja yang telah diduduki Uqais.
�It�s okay, darling. Abang pun baru sampai. Baru lepas jumpa mama tadi,� balas Uqais.
�I know. Tadi Fia pun terserempak dengan mama. She doesn�t recognize me, abang. And� you guess what? She hugged me,� Membulat mata Uqais. Tak mungkin! Mamanya yang pernah cakap dulu, dia takkan terima Medinna sebagai menantu. Itu kerana Medinna dianggap mempunyai perbezaan status dengan mereka.
Hanya kerana Tan Sri Adli dan Puan Sri Julia dibawa berjumpa dengan Encik Saiful yang ketika itu sedang membaiki kereta pelanggannya. Aktiviti yang sering dilakukan Encik Saiful. Dia bukan boleh duduk diam. Tambahan pula, para pelanggannya lebih suka jika Encik Saiful sendiri yang membaiki kereta mereka. Kerja tangan Encik Saiful sangat memberangsangkan. Ibu bapa Uqais tak tahu yang Encik Saiful juga setanding dengan mereka. Cuma Encik Saiful tidak mempunyai gelaran di hadapan namanya sahaja.
�Fia jangan main-main dengan abang. Mama tolak Fia mentah-mentah dulu. Tak ingat?�
�Papa memang ya pernah jumpa Fia. But not mama. Mama tak pernah jumpa Fialah, abang. Fia tengok mama okey aje tadi. Senyum lebar aje. Suka pula Fia tengok,� balas Medinna ceria.
�Iyalah tu. Entah-entah mama sibuk suruh orang siasat Fia. Konon nak buat menantu ke?�
�Kalau yang tu Fia setuju. Tapi kalau cari menantu lain, Fia sendiri yang pergi jumpa mama. Abang pun jangan gatal-gatal pergi setuju,� Uqais tersengih. Geram pula Medinna melihat sengihan itu.
�Cemburu ke, sayang?�
�Of course. Abang tu ada dalam list mad market tau. Fia perasan ada mata perempuan-perempuan yang pandang abang sampai nak juling,� Uqais ketawa. Dia mencubit pipi Medinna lembut.
�Alah, bucuk-bucuk abang ni. Hati abang ni kecil aje. Muat-muat je untuk Fia. Buruklah cemburu macam ni��
Puan Sri Julia terpaku pada pasangan itu. Tanpa sedar bibirnya mengulas senyuman. Dia kembali ke restoran itu untuk menitipkan pesan pada Uqais. Tidak sangka dia akan ternampak adegan mesra anak lelakinya dan Medinna yang terlanggarnya tadi. Dalam hati mengucapkan syukur jika gadis itu adalah bakal menantunya. Sudahlah comel. Menutup aurat pula tu. Bak kata orang perfectlah kalau nak dibuat menantu.
*****
Keesokannya, Puan Sri Julia singgah di pejabat Uqais. Dia ingin mengetahui hubungan di antara anak terunanya itu dengan Medinna. Sampai sahaja rumah semalam, dia terus memberitahu suaminya mengenai Medinna. Namun, Tan Sri Adli hanya mendengar sahaja. Dia langsung tidak tahu perempuan itu adalah Medinna Safia.
�Nasya, anak saya ada?� Puan Sri Julia berhenti di meja setiausaha Uqais.
�Ada, Puan Sri. Tuan Fattah baru saja masuk office,� beritahu Nasya sambil tersenyum.
�Terima kasih, Nasya,� Nasya hanya mengangguk. Nasib baik angin Puan Sri Julia baik hari ni. Kalau tak, terus redah sahaja bilik si Uqais tu. Tak adanya berhenti bertanya pada Nasya terlebih dahulu.
Puan Sri Julia mengetuk pintu bilik pejabat anak lelakinya.
�Masuk!� laung Uqais dari dalam. Dia mengangkat mukanya untuk melihat gerangan yang datang.
�Assalamualaikum, Fat. Boleh mama masuk?� Uqais tersenyum sungging. Pelik dengan mood mamanya hari ni.
�Waalaikumsalam, mama. Masuklah,� jemput Uqais sopan. Puan Sri Julia pantas menghenyakkan punggungnya ke kerusi di hadapan Uqais.
�Fat sibuk ke?�
�Tak adalah sibuk sangat. Baru aje settle satu projek hari ni. So, lapang sikit. Kenapa mama datang ni?�
�Saja aje mama datang. Semalam mama lupa nak bagitahu Fat. Hujung minggu ni, papa dengan mama ada buat majlis hari lahir untuk Fahira. Fat baliklah eh,� Uqais menyandarkan badannya ke kerusi.
�Fat tak datang tak boleh ke?�
�Hesy, takkan majlis hari lahir adik sendiri tak nak datang. Kesian adik kamu tu. Dah lama sangat tak jumpa Fat,� ujar Puan Sri Julia.
�Tengoklah dulu macam mana. Apa-apa nanti, Fat bagitahu lain. Sebab ni aje ke mama datang? Atau ada sebab lain?� tanya Uqais.
�Macam tahu-tahu aje ada benda lain yang mama nak cakap. Ni, semalam mama ternampak Fat keluar makan dengan seorang gadis. Kekasih Fat ke?�
Uqais menelan air liurnya kasar. Memang itu adalah kekasihnya. Atau lebih tepat lagi, kekasih halalnya.
�Errr� mama nampak?�
�Kebetulan mama nak bagitahu Fat pasal majlis nilah sebab masa jumpa Fat tu, mama terlupa nak maklumkan. Tapi, mama tak jadi masuk sebab ternampak Fat tengah berbual mesra dengan kekasih Fat tu. Tak nak bawa jumpa dengan papa dan mama ke?�
�Mama suka ke dengan pilihan Fat?� Uqais sekadar bertanya. Dia mengharapkan jawapan positif yang diberikan Puan Sri Julia.
�Mama ada terserempak dengan dia masa on the way nak keluar. Nama dia Medinna kan?� Uqais hanya mengangguk.
�Apa pendapat mama?�
�Mama sukalah dengan Medinna tu. Berbudi bahasa. Peramah pula tu. Mama setuju kalau Fat bawa jumpa kami. Hah, apa kata Fat bawa Medinna masa majlis tu,� puji Puan Sri Julia. Tiba-tiba idea dia datang, terus dijemputnya Medinna ke majlis hari lahir anak bongsunya itu.
�Boleh ke, ma? Mana tahu papa dengan mama bantah macam kes Safia dulu. Tak sanggup Fat nak tanggung lagi,� Puan Sri Julia terkedu.
�Fat masih ambil hati pasal tu? Sebab tu, Fat dah jarang singgah rumah?� Uqais membetulkan duduknya.
�Fat dah lama lupakan benda tu. Dan, Fat harap calon kali ni dapat restu dari papa dan mama,� kata Uqais bersahaja.
�Insha Allah. Mama tak kisah lagi latar belakang sesiapa pun yang menjadi pilihan Fat. Kalau papa tak setuju, mama akan buat sampai dia setuju jugak,� ujar Puan Sri Julia bersemangat.
Dia sendiri menyesal dengan tindakan mereka dulu yang telah memisahkan Uqais dan Safia. Namun, dia bersyukur kerana Uqais sudah jumpa pengganti yang baik perwatakannya.
*****
Medinna menarik apron yang tersangkut di penyangkut dinding. Dipakainya apron itu. Pintu frigde dibuka lalu dikeluarkan ayam dan sotong. Dia turut mengeluarkan sayur sayuran di bahagian bawah. Dan dibawa ke sinki. Dikepalanya sudah tersusun menu yang akan dimasaknya malam ini.
Jam di dinding dipandang sejenak. 6.00 petang! Sekejap lagi sampailah suaminya itu. Kebetulan hari ini, Medinna pulang awal dari kerjanya. Bolehlah sediakan makan malam awal. Tidaklah kalut nanti. Selalunya kalau lewat sangat, Uqais akan mengajaknya makan diluar sahaja.
�Assalamualaikum,� Uqais memberi salam sambil menanggalkan kasutnya. Medinna pantas melangkah ke pintu.
�Waalaikumsalam,� Dicapai tangan lelaki itu dan diciumnya. Medinna mengambil beg kerja Uqais. Uqais tersenyum melihat layanan isterinya itu.
�Awal balik hari ni. Ada apa-apa ke?� Uqais mengekori langkah isteri ke ruang tamu.
Jarang isterinya yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu pulang awal. Selalunya, dia yang akan tiba di rumah dulu.
�Saja balik awal. Dah alang-alang kerja habis cepat, apa salahnya Fia balik awal. Boleh masak makan malam untuk abang. Abang nak minum?�
�Tak apalah. Abang nak naik atas dulu. Mandi,� Medinna tersenyum. Faham sangat perangai suaminya yang tak betah jika memakai pakaian yang sama sepanjang hari.
�Iyalah,� Uqais pantas menghalakan kakinya ke tingkat atas. Medinna pula terus kembali ke dapur.
*****
Hujung minggu itu, Uqais membawa Medinna ke majlis hari lahir adiknya yang diadakan di rumah agam milik keluarganya. Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke situ. Uqais terasa janggal pula walaupun itu adalah rumah kedua orang tuanya.
�Sampai pun anak mama. Meh masuk. Medinna, jemputlah. Buat macam rumah sendiri,� Puan Sri Julia menjemput pasangan yang baru tiba itu.
�Fat ingat mama buat untuk family kita aje��
Terkejut Uqais dibuatnya. Mana tak terkejut. Majlis yang disangka kecil-kecilan, rupanya meriah sekali. Tetamu-tetamu yang hadir sedang enak menjamu selera di taman berdekatan dengan kolam renang. Medinna pula sudah mula resah. Nasib baik dia mengenakan dress labuh bercorak dan wide shawl. Terserlah kecantikan dan keanggunannya.
�Adik Fat yang nak majlis macam ni. Papa dan mama ikutkan aje,� kata Puan Sri Julia.
Mereka beriringan ke tempat jamuan. Kebanyakan tetamu yang hadir adalah orang berada. Rakan-rakan Fahira juga turut serta. Yang ramainya, rakan-rakan Tan Sri Adli dan Puan Sri Julia. Maklumlah, mereka orang berpengaruh. Sudah tentulah mempunyai perhubungan yang ramai.
�Along!� Fahira terus mendapatkan abangnya itu sebaik ternampak kelibat Uqais di situ. Dipeluk lelaki itu erat. Puan Sri Julia berlalu menemui sahabat-sahabatnya.
�Selamat hari lahir. Ni hadiah untuk adik dari along dan kak Medinna,� Uqais menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana besar yang siap berbalut kepada Fahira.
�Thanks. Siapa kak Medinna ni?� soal Fahira, ingin tahu. Matanya memandang Medinna. Dia memuji Medinna kerana perempuan itu pandai bergaya. Dan, memang sesuai digandingkan dengan alongnya.
�Is� kekasih along,� Belum sempat Uqais menyebut isteri, Medinna mencuit lengan suaminya.
�Cun jugak kekasih abang eh. Macam ni baru tip top,� Uqais tersenyum nipis. Kalaulah isterinya itu hadir dengan berbaju kurung, apa yang akan berlaku?
�Boleh pulak macam tu. Papa mana?�
�Tu, dengan kawan-kawan dia kat sana,� Fahira menunjuk ke arah Tan Sri Adli yang tengah berbual sakan dengan rakan perniagaannya itu.
�Along jumpa papa dulu. Jom, Fia,� Sempat Medinna menghadiahkan senyuman kepada Fahira. Namun, gadis yang berpakaian agak seksi itu hanya menjeling kepadanya. Huh!
Medinna cepat-cepat menyedapkan hatinya. Ini cuma dugaan kecil sahaja. Biasalah jika ada ahli keluarga suaminya yang tidak menyukai kehadirannya di dalam keluarga itu. Medinna hanya mengikut langkah Uqais yang diaturkan ke arah Tan Sri Adli.
�Papa,� Uqais menegur papanya.
Tan Sri Adli yang sedang berborak sakan itu memandang gerangan yang menegurnya. Wajahnya berubah menjadi dingin dek terpandang Medinna di sisi anak terunanya. Berani sungguh Uqais membawa perempuan yang tidak disukainya itu ke sini.
�Ingat tak datang dah,� kata Tan Sri Adli tanpa nada.
�Anak kau ke, Adli?� tanya Datuk Imran, salah seorang rakan Tan Sri Adli.
�Iya, anak akulah ni, Fattah Uqais. Dialah yang handle anak syarikat aku tu,� ujar Tan Sri Adli, acuh tak acuh.
�Untung ada anak yang sudi teruskan legasi kita ni. Tak adalah hasil titik peluh bertahun-tahun ni jatuh ke tangan orang lain,� hujah Datuk Imran.
�Yang di sebelah tu siapa? Kekasih ke?� soal Datuk Omar pula.
�Ha�ah. Mama yang minta saya bawa dia datang. Medinna Safia,� jawab Uqais senada. Medinna hanya menunduk. Dia takut untuk memandang bapa mertuanya itu.
�Medinna Safia? Macam pernah dengar. Tapi, di mana ya?� Datuk Omar mengetuk dahinya perlahan. �Hah, dah ingat pun. Medinna Safia, anak Saiful bengkel tu ya?� Medinna hanya mengangguk.
Tan Sri Adli merengus. Dia tidak suka jika ada yang tahu Uqais berkasih dengan seorang anak mekanik. Buat malu dia sahaja. Kenapalah Uqais perlu membawa gadis itu?
�Wah, untunglah kau, Adli kalau dapat bermenantukan anak Saiful ni,� Tan Sri Adli tersenyum sinis. Apa yang untungnya pun tak tahu.
�Untung? Kenapa pulak?�
�Oi, kau. Takkan kau tak kenal, Saiful Jalani? Usahawan besar tu. Kalau nak dibandingkan dengan kami yang berpangkat datuk ni, dia lagi banyak harta. Dah setanding dengan kau apa. Banyak cawangan bengkel dia dibuka kat oversea,� Tan Sri Adli tersentap.
�Apa maksud kau ni, Omar?� tanya Tan Sri Adli, tidak percaya.
Uqais dan Medinna saling berbalas pandang.
�Takkan kau tak pernah dengar SJ Trading? Pernah terima anugerah servis kereta terbaik Malaysia,� kata Datuk Omar cuba meyakinkan Tan Sri Adli.
Tan Sri Adli menggelengkan kepala. Ambik hang, Tan Sri Adli. Kan dah terkena batang hidung sendiri. Dia ingat mekanik biasa tak mampu untuk menjadi seorang jutawan? Tiada yang mustahil di dunia ini melainkan seseorang itu yang memustahilkan.
�Pandai Uqais cari calon isteri. Bukan calang-calang orang yang boleh masuk dalam keluarga Saiful tu. Dulu, ada jugak rakan saya berminat nak jadikan anak Saiful sebagai menantu. Tapi, Saiful tak benarkan melainkan lelaki itu mampu untuk jaga anak gadis dia,� ujar Datuk Omar.
�Kamu dah jumpa dengan keluarga Saiful ke, Uqais?� tanya Datuk Imran.
�Sudah, uncle. Alhamdulillah, dah dapat green light. Insha Allah, sampailah jemputan saya nanti,� Tan Sri Adli terasa sesak dengan kata-kata Uqais.
�Eh, kenapa ni, Adli?�
Uqais pantas memaut lengan papanya yang seperti mahu tumbang itu.
�Papa nak masuk dalam,� beritahu Tan Sri Adli perlahan.
Datuk Imran dan Datuk Omar turut membantu Uqais memapah Tan Sri Adli. Medinna hanya mengikut di belakang. Jadi, selama ni Tan Sri Adli tidak pernah mengetahui latar belakangnya. Kerana itulah, bapa mertuanya membangkang perhubungan mereka seboleh mungkin.
*****
Tan Sri Adli memandang Uqais dan Medinna bersilih ganti. Atas permintaannya sendiri, dia ingin Uqais dan Medinna masuk ke biliknya. Dia perlukan penjelasan. Selama hampir tiga tahun, dia menolak kebenaran yang berada di hadapan mata.
�Jadi, Medinna yang mama maksudkan adalah Safia?�
�Iya, pa. Mama yang minta Fat bawa Fia datang sini. Fat minta maaf kalau papa tak suka,� Uqais tertunduk sedikit.
Medinna yang berdiri di samping suaminya di hujung katil Tan Sri Adli hanya terdiam. Dia tidak mahu menyampuk.
�Fat tak perlu minta maaf. Papa yang silap dulu. Papa dan mama bertindak melulu tanpa usul periksa,� keluh Tan Sri Adli.
�Tak apalah, papa. Better papa dan mama tak tahu latar belakang Fia. Fat tak mahu papa dan mama terima Fia sebab harta. Kalau boleh, biarlah papa dan mama terima Fia seikhlasnya. Lagipun, Fia dah maafkan papa dan mama��
�Awak, tak baik cakap macam tu,� tegur Medinna perlahan.
Dia tidak suka Uqais berkata begitu.
�Tak apalah, Safia. Memang patut pun saya terima semua tu. Salah saya dan isteri sebab terlalu menilai seseorang itu melalui status dirinya. Bukanlah saya tak sukakan Safia jadi menantu saya. Tapi, waktu tu fikiran kami cetek. Tambahan pula, kewangan syarikat kami teruk. Saya mahukan menantu yang mampu membantu saya. Alhamdulillah, tanpa semua tu pun, kami berjaya harungi masalah tu��
�Kenapa tiba-tiba papa berubah?�
Bukan niat Uqais untuk berkurang ajar. Tetapi, dia tidak mahu Tan Sri Adli mengambil kesempatan di sebalik kekayaan Encik Saiful. Memang salah untuk dia mencurigai kebaikan papanya. Namun, dia kenal siapa Tan Sri Adli. Papanya bukanlah seseorang yang akan mengalah begitu sahaja.
�Papa mengaku papa khilaf. Sekarang, papa dah sedar semua tu. Papa harap sangat Fat dan Safia maafkan semua kesalahan papa dan mama. Kami tak berniat untuk memisahkan kamu berdua,� Uqais langsung tidak terkesan akan kata-kata itu.
Medinna hanya mendengar ujaran bapa mertuanya tanpa membalas. Entah mengapa, dia langsung tidak merasai ketulusan di sebalik keinsafan Tan Sri Adli. Atau, mungkin itu hanya perasaannya sahaja.
�Entahlah, pa. Rasanya papa dah sihat. Fat minta diri dulu. Tak elok bawa anak dara orang keluar sampai lewat malam. Fat balik dulu,� Uqais menyalami papanya.
�Saya minta diri dulu, tan sri,� Medinna hanya menundukkan kepalanya.
Setelah kelibat Uqais dan Medinna hilang di sebalik pintu biliknya, Tan Sri Adli menumbuk tilam empuknya.
�Tak guna punya anak. Tebal muka aku ni minta maaf dengan dia. Dia buat tak tahu aje. Perempuan bodoh tu pun sama. Kalau bukan bapak dia kaya, jangan harap aku nak terima,� cemuh Tan Sri Adli.
Puan Sri Julia menekup mulutnya. Hampir sahaja air matanya jatuh. Tak sangka suaminya masih tidak berubah. Ternyata sikap baik suaminya itu hanya lakonan selama ini. Dia beristighfar panjang. Malu dia pada Medinna.
*****
Medinna memandang sekilas wajah suaminya yang sedang memandu itu. Tegang sahaja raut itu. Mungkin, suaminya memikirkan kata-kata Tan Sri Adli sebentar tadi.
�Abang, are you okay?�
�I�m okay. Why?�
�Just asking��
�Kita singgah restoran dulu. Tadi, tak sempat nak makan,� Medinna hanya mengangguk setuju.
to be continued...
p/s : cerpen baru. sorry, malam ni tak boleh lagi post MLS, HMLA. sory sory sory. huhu. tak sihat, idea nak menulis pun tak sampai. sory naaa. esok malam CIA sambung update. :D. TDP pun nanti CIA cuba siapkan. hehe. :). SELAMAT MEMBACA! :D.
2 Komentar untuk "Cerpen : Our Secret Wedding 1"
ini nggak ada lnjutan lagi ya kak author
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
Bonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT