Assalamualaikum... Hye!
Hmmm... Disebabkan cerpen lain masih dalam proses typing, CIA post lagi satu cerpen. Just tak nak bagi bosan la. Juga cerpen yang still tak siap. -_-". CIA post part 1 ja dulu. CIA cuba struggle siapkan cerpen yg tak siap lagi tu cepat-cepat. Inshaa Allah. Doakan CIA siapkan tau. Tak best pulak lama-lama terperap tak bersiap. Tapi, sekarang ni... baca cerpen baru ni dulu ya. :). SELAMAT MEMBACA! :D
�ANNA, dia datang. Cepat,� gesa Yana apabila ternampak susuk tubuh tinggi lampai dan sasa seorang lelaki keluar dari sebuah restoran.
�Sempat tak kalau aku buang heels ni, tukar balik sneakersaku?� Erk? Yana toleh belakang. Ler, sahabat ngek dia ni.
�Siapa yang nekad nak ngorat mamat romeo tu semalam? Kau, kan? Go, chaiyok!�
Anna herotkan mulut. Semalam tu semalam punya ceritalah. Sekarang ni, aku macam nak belah saja dari sini. Sudahlah terpaksa pakai benda-benda alah ni, bebel Anna sendiri. Yana hela nafas. Dia pegang kedua belah bahu Anna kuat. Ditajamkan anak matanya agar Anna tahu dan faham, rancangan mereka ini bukan main-main. Ini serius.
�Remember, Anna. Kau menangis semalam sebab siapa? Siapa yang gores hati kau sampai terbelah dua ni? Wake up, Anna. You have to wake him up, he make you into this. Come on,� Anna hembus nafas kuat.
Ya. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan hati dia puas dan lelaki itu akan menerima akibat di atas apa yang telah dia lakukan. Dress chiffon yang tersarung ditubuhnya dia betulkan dan selendang yang terlilit dikepalanya dipegang seketika. Fuhh, pagi tadi sudah praktis berjalan pakai high heels. Jadi, dia tidak boleh gabra.
Sebaik sahaja lelaki itu tiba di hujung penjuru deretan kedai-kedai itu, Anna melangkah laju agar dia sempat untuk melanggar tubuh sasa itu. Yana pantas masuk ke dalam kedai berdekatan dan mengintai di balik pakaian-pakaian yang dipamer di luar kedai. Dia mengira detik apabila Anna dan lelaki itu bertembung.
Satu� dua� ti�
Bum!
Settle!
�Eh, cik. Are you okay?� tanya lelaki itu kelam kabut. Anna berpura-pura terduduk sambil memegang buku lalinya. Sakit woi! Sungguh ni, bukan main-main.
�My ankle. Sakit!� Lelaki itu mencangkung. Tangannya cuba mencapai buku lali Anna tetapi Anna lebih pantas menahan. �Don�t touch me,� tegas Anna. Selamba dia saja main sentuh-sentuh.
�If you afraid because of your aurah, I just want to see your ankle... tak pegang. I promise, I don�t touch it,� Hek, Anna sengih sipi. Gila lain, memang lain� sangat lain. Ish, takkanlah pelanduk dua serupa pula. Sah-sah lelaki ni memang dia, Mat Romeo tu.
Senget ke hapa dia ni? Sudah namanya aurat, takkanlah nak tunjuk malahan nak pegan lagilah tidak boleh. Tsk.
�It�s okay,� Lelaki itu mengeluh kecil. Salah dia juga dek kelam kabut, mahu cepat pulang ke pejabat.
�Macam nilah, cik. Ini kad saya, nanti cik dah ke klinik cik call saya. In other word, call me for the pampasan. Emmm�� Lelaki itu melilaukan pandangan ke sekelilingnya. Dia mahu mencari sesiapa yang boleh membantunya ketika ini.
Ketika inilah Yana berpura-pura lalu di kawasan di mana Anna dan lelaki itu bertembung. Dapat dia lihat, lelaki itu ukir senyum nipis.
�Cik, tolong saya,� Lelaki itu menggamit Yana.
�Yes?� Ceh, pelakon terkenal pun kalah dek lakonan budak dua orang ni. Kemain lagi korang kan.
�Errr� I just bumped into this girl. But, she seems care about her aurah. So, can you do me a favor?� Yana mendekat. Anna yang masih terduduk di lantai kaki lima dia pandang.
Sepatutnya, Anna yang perlu memainkan peranan. Pelik pula dia.
�Ya. Apa dia?�
�Boleh tak tolong hantar cik ni ke klinik? I pay you,� Lelaki itu sudah mengeluarkan beberapa not lima puluh ringgit. Membuntang mata Yana. �Please,� Teragak-agak Yana mahu mengambil wang itu.
�Okey.�
Yana menjegilkan matanya pada Anna ketika cuba mengangkat tubuh sahabatnya itu. Dalam makna kata lain, dia mahu mengetahui hal yang sebenarnya. Kiranya isyaratlah.
�Sorry, cik. Ankle saya betul-betul sakit. Tak boleh nak berdiri,� beritahu Anna. Yana mengeluh kecil.
Itulah yang dipanggil balasan agaknya. Mahu berpura-pura, sebaliknya pula yang berlaku.
�Maaf ya, cik. Saya betul-betul tak boleh nak hantar cik ke klinik. Ada urgency. Do call me, anytime. Thank you, miss for the favor,� Sejurus itu, terus dia berlalu meninggalkan Anna dan Yana yang terkaku.
Anna pandang Yana dan sebaliknya. Pelik ni.
�Betul ke dia tu Romeo?� Anna kerut hidung dan menggeleng pada soalan Yana. Dia juga bingung.
FAIL yang bertimbun di atas meja menyemakkan kepalanya. Baru sahaja dia mahu bersenang lenang, sudah datang projek-projek lain. Itulah kerjaya sebagai businessman, seringkali dihimpit dengan projek-projek yang berlonggok-longgok. Walaupun projek kecil, tetap memeningkan kepala. Inikan yang besar.
�Encik Dhiyaul, we have another tender that waiting of our proposal. Submitting date has comes,� maklum setiausaha Dhiyaul, Erin.
�Take this file and give it to Encik Zaki. He knows what he has to do with this,� arah Dhiyaul. Erin angguk, dia ambil fail yang sudah tersedia di atas meja.
�Saya keluar dulu. Hah, sebelum saya terlupa. Malam ni, Dato� Faid minta Encik Dhiyaul berjumpa dengan klien dari Brunei. Tapi, Encik Dhiyaul kena juga bawa Puan Nazneen. Dato� Faid cakap, wajib,� Erin senyum dan berlalu keluar.
Dhiyaul terkaku mendengar arahan Dato� Faid yang dihantar melalui Erin. Arahan itu sesungguhnya tegas dan penuh kekerasan. Kenal sangat dah dengan kerenah walidnya itu. Suka sangat memberi arahan yang melibatkan minah kerek plus comot itu. Ish, buntu kepala dia ni memikir.
Seketika kemudian, bayangan Nazneen aka Ein yang comot dan selekeh itu berganti dengan susuk tubuh ramping bergaya gadis yang dia terlanggarnya tadi. Ah, hatinya berdetak. Tak� tak� tak. Beruntung sungguh sesiapa yang mendapat gadis seperti itu sebagai isteri. Alangkah seronoknya jika dialah lelaki bertuah itu.
Sedang asyik berangan, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Saat terlihat nama si pemanggil, raut mukanya berubah. Bosan!
�Kau nak apa?� tanya Dhiyaul kasar. Dia manalah pernah berbaik dengan si selekeh itu. Nama sahaja duduk bandar, tetapi pakaian macam zaman dulu-dulu. Ditambah pula dengan cermin mata besar yang tersangkut di batang hidung tidak berapa nak mancung itu. Heh, not my taste.
�Abang, walid call Ein tadi. Dia� nak Ein ikut abang pergi jumpa klien. Tapi, Ein tak tahu nak pakai baju apa. Abang baliklah awal ya,� Lembut dan agak takut-takut suara di hujung talian menjawab pertanyaan Dhiyaul.
�Eh, aku banyak kerjalah. Kau pergi aje dengan Pak Din, kita jumpa kat sana. Ikut suka kaulah nak pakai apa pun. Asalkan kau jangan cuba-cuba nak malukan aku, faham?� Terus dimatikan talian sebelum sempat si pemanggil membalas.
Keluhan paling berat dia lepaskan.
�Nak pakai baju apa pun tanya aku. Ingat aku ni apa, fashion designer dia? Hergh, kalau suruh aku design rumah ke bangunan ke, okey jugak. Ini tidak, dia yang selekeh tu nak aku design. Buang masa,� Dhiyaul melempiaskan kemarahannya.
Habis berselerak balik fail-fail yang tersusun. Jenuh pulalah dia hendak mencari nanti. Perempuan ni pun satu, macamlah tak ada duit hendak pergi salon ke spa ke. Entah duit yang dibank in tu dia guna untuk apa pun tidak tahu. Walid ni pun sama, sibuk hendak dia cuba beramah mesra dengan perempuan selekeh tu. Ugh! Mencabar hati dan minda sungguh.
TEPAT jam 8.30 malam, klien Haq Holding sudahpun tiba di hotel yang dijanjikan. Sempat lagi Dhiyaul menjeling pasangan kliennya itu. Mata keranjang punya orang. Grrr.
�Apa khabar, Haq? Lama tak berjumpa,� tegur Damian, CEO Crish Holding.
�Alhamdulillah, sihat. Jemput duduk,� Damian senyum. Dia menarik kerusi di sebelahnya untuk pasangannya itu. Wah, romantik.
Ein senyum nipis. Hendak mengharapkan Dhiyaul layan dia begitu, hampeh! Mimpi sianglah dia.
�Jadinya, you tak nak kenalkan wife you ke, Haq?�
�Oh, sorry. Nazneen,� Itu sahaja? Ein senyum pada Damian dan pasangannya.
�Aira, tunang saya,� Aira menunduk sedikit, tanda hormat.
�Hai. Nazneen, I macam pernah nampak you. Tapi, I tak berapa nak ingatlah di mana�� Ein pandang Aira penuh tanda tanya.
Aik, dia manalah pernah ke Brunei. Takkanlah dia yang hodoh dan comot bak kata Dhiyaul ni pun ada orang kenal. Pelik.
�Are you sure? I tak pernah ke Brunei. Kalau you terserempak I dekat sini mungkin I la tu,� Lembut suara Ein bertutur. Dibetulkan cermin mata besar di batang hidung penyetnya yang sudah melurut sedikit.
�Rasanya areaKLlah. I ada datang KL last week,� balas Aira sambil tersenyum. Manis gadis berselendang rona peach itu.
Ein kerling Dhiyaul di sebelah. Amboi, kemain lagi dia teropong tunangan orang ya. Dek geram, Ein cubit lengan Dhiyaul selamba. Damian tergelak kecil. Faham sangat dengan gelaran Dhiyaul yang dipanggil Mat Romeo itu. Tapi, Dhiyaul tak adalah romeo mana.Takkanlah sudah berkahwin pun masih dengan romeonya itu.
�Back to our business��
Mulalah Dhiyaul dan Damian berbincang soalan usahasama mereka. Sementara itu, Ein mengajak Aira untuk ke ruang santai berdekatan dengan kolam renang. Daripada mendengar Dhiyaul dan Damian berbincang soal bisnes, lebih baik mereka berborak tentang hal lain.
Aira merenung Ein lama. Ein yang ralit tenung cahaya lampu malam tidak perasan akan itu. Tiba-tiba Aira menarik cermin mata besar Ein. Terkejut Ein dek perbuatan itu.
�Kenapa, Aira?�
�Memang I tak salah oranglah. You ni model magazine Princess tu kan? Anna Nee. Am I right?�
Ein tergamam seketika.
�Errr� you salah oranglah, Aira�� Cermin matanya di tangan Aira diambil kembali dan disangkutkan ke batang hidungnya. Haish, kejutan apa ini?
�No. I am very sure it was you, Anna Nee. Oh, okey. Husband you tak tahu eh?� Ein telan liur kasar.
�Aira, you salah oranglah. You tengok sendiri kan penampilan I. Kampung sangat. Mustahillah I ni model. Lainlah kalau you,� Ein ketawa, penuh kepura-puraan.
Aira menggeleng. Dia senyum nipis.
Matanya tidak pernah menipu. Ditala pandang pada Dhiyaul yang sibuk berbincang dengan Damian secara serius.
�It�s okay, Nazneen. Sooner or later, you will expose yourself. Cuma, satu aje I nak nasihatkan you. Kita ni sebagai perempuan dan isteri, perlu sentiasa berhias untuk dia. Jaga keperluan dia. You know what I mean. Tak kisahlah you cantik atau tak, kalau hati dia terpikat� dia takkan pandang orang lain. You kena yakin dengan diri you. Jangan jadi katak di bawah tempurung. It�s just waste your time, Nazneen,� hujan Aira panjang.
Ein hanya mampu senyum nipis. Tiada ulasan untuk nasihat pendek itu.
Untuk pikat hati Dhiyaul Haq, agak payah. Lelaki itu sendiri tidak mahu dia didekati. Tidak mahulah dia tersorong-sorong. Bukan itu cara dia.
TUBUH yang kepenatan dihempas ke sofa. Ah, lega rasanya. Ein yang sedang menutup pintu rumah mengeluh kecil. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Aira tadi. Masakan dia yang perlu memulakan dahulu? Dhiyaul pun bukannya hairankan dia. Iyalah. Dia kan macam perempuan kampung. Selekeh� comot� tak cantik. Macam ex-girlslelaki itu dulu.
Ein melangkah malas ke anak tangga.
�Hey, stop,� Langkah Ein mati. Ditoleh ke sofa. Belakang kepala Dhiyaul sahaja dia nampak. Bukan wajah kacak tapi comel itu. Erk?
�Please make it faster. Ein penat,� kata Ein. Suaranya seakan tenggelam dek bunyi kipas. Perlahan sangat.
�Borak apa dengan Aira tadi?� Langsung tiada nada pada suara itu.
Ein kerut dahi.
�Erk? Perlu ke Ein lapor pada abang?�
�Boleh tak� soalan dibalas dengan jawapan dan bukan dengan soalan? Who am I to you, Nazneen Zaina?�
Ein ketawa lepas.
Dhiyaul berpaling. Dia bangkit berdiri. Terus mati tawa Ein, takut kot. Muka singa yang Dhiyaul tayang. Ngeri.
�Kenapa gelak?�
�Abang pun balas dengan soalan jugak. Ein tak salah okey�� Dhiyaul mendengus. Main kotor nampak. Aku ngap dia nanti, baru ketahuan. Omel Dhiyaul sendiri.
�Ein, please��
�Tak borak apa pun. Hal perempuan aje. Takkanlah abang ada hati dengan tunang orang pulak,� Ein berkata selamba sebelum menapak anak tangga dan terus ke biliknya.
Sedikit sebanyak, timbul juga perasaan cemburu. Haih, dasar mata keranjang. Mat Romeo. Perempuan cantik-cantik saja dia nak pandang. Hish!
Dhiyaul di ruang tamu, mengeluh berat. Bukan itu maksud dia. Bukan itu yang dia mahu soal.
YANA mencuit pinggang Anna. Mengelamun sakan sahabat dia ni. Entah sudah sampai ke mana pun tidak tahu.
�Apanya?� tanya Anna. Matanya masih di dada iPhone. Seronok berbual dengan seseorang di Whatsapp.
�Kemain lagi kau senyum, Anna. Ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku ke? Baik kau cerita cepat,� Jari telunjuk ditalakan tepat ke muka Anna.
Anna gelak kecil.
�Tak ada apa-apalah, Yana. Kalau aku bagitahu kau pun, kau takkan percaya punya��
Lagilah Yana pelik. Apakah?
�Kalau kau tak bagitahu, macam mana aku nak percaya. Weh, ceritalah kat aku. Aku kan BFF kau dunia akhirat. Takkanlah benda kecik pun nak berahsia bagai,� Yana mula menunjukkan muncungnya.
�Haish, sentap pulak dah. I did it, Yana. Aku approachRomeo tu. Amacam?� Kening Anna diangkat berkali-kali.
�What?! Serius?� Sepantas kilat Anna menekup mulut Yana. Matanya melingas ke sekitar restoran. Mujur pengunjung tidak ramai. Yana ni memang cari nahas tahu.
�Agak-agaklah kau ni. Haih,� Yana sengih.
�Sorry, beb. I�m shocked, dear. Dia layan kau tak?� Anna senyum lebar.
�Of courselah layan. Anna okey. Bab tackle ni kasi aku,� Dia mendabik dada. Bangga kerana berjaya meraih perhatian si Romeo.
�Alah, kau ni. Cuba kau bayangkan kalau si Romeo tu tahu yang kau cuma nak kenakan dia aje. Nahas kau, beb. Dia bukannya orang sembarangan, boleh dibuat main,� bebel Yana.
�Eh, hello. Siapa yang racun fikiran aku dulu? Nak sangat aku prank Romeo tu. Bukan kau ke?�
Yana garu kepalanya yang berlapik tudung.
�Aku ingat kau main-main aje. Jadi, apa perkembangannya, wahai sahabat sejatiku?�
�Dia ajak aku date, weh�� Bersinar mata Anna.
�Untunglah. Mahunya menangis sesiapa yang nampak kau keluar dengan dia. Hotstuff kot. Haish.�
Anna pandang Yana. Yana pandang Anna.
Mereka ketawa. Sawan!
to be continued...
0 Komentar untuk "Cerpen : Romeo Di Hatiku 1"