Assalamualaikum� Hye!
Apa khabar? Tetiba tanya khabar. . Saje le. Beramah mesra sikit before the story. CIA terpanggil nak create satu entry pasal HAIQALQISTINA. Kenapa? They left me a lot of memories back then. In addition, they�re my first baby ever. I�m start writing with them. I love Haiqal so much!
Tengku Adam Haiqal, nama pertama yang tertanam di dalam kepala CIA. Memang nak sangat create satu cerita pasal dia. Dalam minda CIA, TAH kacak sangat. Badan dia of courselah tough plus berketak-ketak. Caring but cool too. Lama jugak TAH tak ada heroin dia sampailah CIA sukakan nama Qistina! Qistina Darina, pernah CIA impikan nak namakan anak CIA. Ceh, berangan sangat. Merepek semua ni. Since, Haiqal dah ada, Qistina pun dah muncul� terciptalah sebuah cerita mereka. Sobs sobs sobs. Alah, semuanya dah hilang. Sedih!
Nama watak pun dah ada, termasuk watak pembantu. Penambah perasa. Okey, bermulalah kisah mereka, HAIQALQISTINA. CIA tak ingat tajuk asal dia sebab dah lama sangat (2010). Permulaan cerita, CIA create ikut the flow. I put my finger on the keyboard and they start moving. After that, CIA akan berangan dulu. Then, masukkan story yang CIA berangankan tu.
Eventhough, all my effort was gone� I�m still can remember some of their scene. Their meeting, fighting, jealousy. Oh, no! I just miss them already. Mustahil untuk CIA mulakan balik semua tu. The feeling also gone like their love story. Cerpen yang baru ni pun tak ada yang sama scene dengan old story. 90% changes! . Untuk create balik semua tu, CIA tak mampu. Biarlah kisah dia orang terkubur. Huhuhu.
.
Okey, let me tell you... Not. Just the draft of their old story.
1) Haiqal termenung di pangkin bawah pokok, di satu sudut banglo Tengku Adzha(papa). Sarah, bestfriend Haiqal ganggu dia. Adalah sikit scene usik mengusik. Qistina ternampak kemesraan Haiqal dan Sarah dari jendela banglo. Masa tu, baru je selesai majlis nikah sanding HAIQAL-QISTINA. Ara(adik) sergah Qistina. Dia orang sama-sama kemas pelamin. Ara tanya Qistina, dia cemburu ke tengok Haiqal dan Sarah mesra. Ara cakap, tak payah cemburu sebab dia orang memang macam tu. Throwback macam mana Qistina end up kahwin dengan Haiqal. Tengku Adzha dan Tengku Amina(mama) tak mahu orang pandang serong sebab Qistina bukanlah sesiapa dalam family dia orang. Tengku Adzha terhutang budi dengan arwah daddy Qistina dan daddy Qistina nak Tengku Adzha jaga Qistina.
2) Tengku Adzha nak Haiqal hantar Ara balik kolej. Bawa Qistina sekali. Boleh tengok-tengok KL. (CIAingatsetiapdialog.takbolehnakstory.huhu). Qistina ajak Haiqal singgah hospital sebab nak jenguk kakak angkat dia bersalin. Masa tu adalah sikit scene sweet Haiqal usik Qistina. Tapi, sikit ja.
3) Haiqal memang dingin sikit dengan Qistina. Qistina pun faham, Haiqal tak suka pun kahwin dengan dia.
Sorry, CIA tetiba lost. Tak ingat dah scene seterusnya. But, let me try the other scene.
4) Scene main tenis. Okey, yang ni agak sama(80%) dengan part cerpen yang main tenis tu. Qistina ternampak aksi mesra Haiqal dan Sarah.
5) Haiqal pergi outstation dengan Sarah. Dia orang end up fall in love together. Qistina perli Haiqal sebab tipu cakap dia pergi seorang. Lepas tulah, Haiqal mintak nak kahwin dengan Sarah. Qistina setuju ja sebab dia bukannya sayang sangat-sangat dengan Haiqal. Cuma, hormatkan in-laws dia ja. Ara memang halang habis, tapi Haiqal dah nekad. Haiqal dan Sarah kahwin jugak. Gilang gemilang jugaklah wedding dia orang.
6) Haiqal dan Sarah selalu berkepit sampaikan Qistina naik bulu nak tengok. Satu hari tu Qistina warning Haiqal. Sebab dia tak tahan sangat. Sengaja dia buat skinship. Biar Sarah tengok pulak. Haiqal naik angin jugaklah. tapi, apa ada hal dengan Qistina kan.
7) Family kandung Qistina datang jumpa dengan family Haiqal. Tengku Adzha dan Tengku Amina memang tahu tapi Haiqal tak. Malam tu jugak Qistina minta izin Haiqal nak ikut parent dia balik London. Haiqal langsung tak sangka Qistina pun anak orang berada. Abi Qistina ada upah maid untuk intip pergerakan Qistina sebab dia risau sangat dengan anak gadis dia.
8) Haiqal terpaksa biarkan Qistina ikut parent dia. Dia lagi sukalah sebab lepas ni tak ada lagi yang nak warning dia dan Sarah. Qistina sedih gila. Dia ingatkan Haiqal akan halang. Tapi, semuanya hanya angan-angan. Dia berpura-pura kuat sedangkan hati sedih.
9) Selepas setahun lebih, Qistina balik Malaysia. Orang pertama yang dia jumpa, kawan baik dia, Aina. Aina seorang doktor. Aina jugaklah yang ceritakan tragedi paling gempar yang berlaku kat Malaysia sepanjang Qistina di London. Qistina dengar ja. Tak expect apa-apa. Sampailah Aina bagitahu, family yang terlibat dalam accident teruk tu kerabat diraja. Laju Qistina soal Aina, whether his name is Tengku Adam Haiqal. Aina admit. Luluh hati Qistina time tu.
10) Qistina risik pasal Haiqal dari mertua dia. Haiqal cedera teruk. Kaki dia patah dan dalam proses penyembuhan. Sarah meninggal dunia, termasuk anak dalam kandungan dia. Haiqal berubah menjadi pendiam. Dia takkan bercakap kalau tak ada hal penting.
11) Tengku Adzha cadangkan Haiqal berubat/mengurut dengan ummi Qistina. Mula-mula Haiqal tolak sebab dia malu. dia bukanlah seorang suami yang baik untuk Qistina. Tapi, family Qistina pujuk jugak. Dia orang rahsiakan kepulangan Qistina. Qistina tahu pasal tu. Tak mahu kantoi time Haiqal menetap di rumah family dia, Qistina terpaksa tinggal di rumah ibu bapa saudara dia.
12) Sepanjang tempoh rawatan Haiqal dengan ummi, Qistina banyak ikut perkembangan Haiqal. Ummilah yang dok cerita aktiviti harian Haiqal pada Qistina. Pada masa yang sama, Qistina ada ambil anak angkat. Tapi, masih perlu tunggu prosedur dulu. Masa tulah, ummi dan Qistina rancang nak biarkan Qistina muncul depan Haiqal.
13) Qistina memang gementar gila masa nak buat surprise di rumah abi ummi. Dia takut Haiqal lari pulak bila tengok dia. Tapi, rancangan mereka perlu juga diteruskan. Ternyata Haiqal memang terkejut. Sampaikan cincin perkahwinan di tangan Haiqal jatuh. Qistina pun tergamam jugak. Semuanya sebab cincin tu. Cincin perkahwinan dia dan Haiqal.
14) Selepas tu, adalah sikit adegan sweet Qistina pikat balik suami dia. Habis satu rumah riuh dengan usikan Qistina. Haiqal buat dingin dialah. Muka langsung tak beriak. Dia still rasa bersalah pada Qistina. Masa tulah, muncul Daniel, anak angkat Qistina. Cute sangat baby tu. Baru enam bulan.
15) Haiqal mula tunjukkan perasaan dia. Puas jugak Qistina pujuk Haiqal tolong jaga Daniel if dia sibuk dekat dapur ke. Haiqal pun dah semakin pulih biarpun dia masih belum boleh berjalan laju. Dah tak payah lagi dah pakai tongkat atau kerusi roda. Haiqal terkesan dengan kehadiran Daniel. Daniel pulak mengingatkan dia dengan arwah anak dia dengan Sarah. Umur pun lebih kurang ja.
16) Hubungan Haiqal dan Qistina semakin baik. Haiqal dah tak dingin. Boleh berbual mesra dengan Qistina. Scene romantic pun tiba. Haiqal propose Qistina officially. Even, dia orang still husband and wife sebab Haiqal belum ceraikan Qistina. Dan, Haiqal masih beri nafkah pada Qistina. Tapi, kali ni Haiqal nak, Qistina sentiasa ada dengan dia tak kira apa pun.
The end. Hehehe. CIA dah drafkan jalan cerita yang CIA ingat. Macam pendek kan? Tapi, sebenarnya panjang. Ada yang scene CIA tak ingat tu maybe yang tak berapa nak meletop kot. Tak sempat nak habiskan happy ending dia orang. Huh, ada satu scene ni. Lupa pulak nak mention.
Scene dalam hujan. Haiqal buang cincin kahwin sebab geram apa entah. Then, malam tu dalam hujan Qistina keluar cari kat laman rumah. Lebat jugaklah hujannya. Puas jugak abi ummi pujuk suruh masuk tapi Qistina tak nak. Haiqal pun sakit hati tengok abi ummi risau. Dia pun tumpang sekaki redah hujan. Dia marah Qistina. Tapi, Qistina bolayan. Nak jugak cari cincin. At last, cincin tu Haiqal tak buang pun. Memanglah Qistina marah. Seminggu jugaklah dia tak layan Haiqal.
Hehehe. Sekali lagi, the end. Okey tak story ni. Harap maaf, CIA tak mampu nak menulis balik semua ni. Gone is gone. We got the new one even tak superb mana pun. Dalam cerpen tu, CIA dah tak ada mood nak kembangkan lagi. Apa yang muncul dalam kepala, CIA tulis ja. Tak ada nak fikir-fikir lagi dah.
Moral of the value : Make sure ada softcopy atau hardcopy. Better softcopy dalam pendrivelah. Senang nak sambung menulis.
Itu jalah untuk entry kali ni. Rindunya Mr Haiqal CIA yang dingin tu. Huhu.
0 Komentar untuk "Behind The Story of HaiqalQistina"