Cerpen : Takdir Cinta Kita 1

Assalamualaikum... Hye!

Sorry sebab dah lama tak hapdet. Line internet kembali senget. Kampung CIA dalam keadaan tak baik. Maaf eh. Hari ni CIA update cerpen yang ditulis oleh BFF aka 'Twin' CIA. Hope semua suka and tinggal komen tau untuk diupdate part 2 cerpen ni. :D. SELAMAT MEMBACA! :D. Cerpen from SARAWAK. :)

           
              Takdir  Cinta Kita
           �kita teman seperjalanan cinta,,,pasti akan bertemu lagi��
                                      NUKILAN ASAL : SHAEYRA  RICHARD

PROLOG

�Kau tak faham ke? Aku tak sukakan kau ! Kau ku anggap tak lebih dari seorang kawan. Faham tak??� Tegas lelaki yg bernama Zharief Hakimi. Jejaka yg tinggi lampai dengan wajah yg marah itu kepada seorang gadis kecil molek dihadapannya. Gadis itu cuma tunduk membisu di hadapannya tanpa sebarang perkataan keluar dari bibirnya.
� Aku tahu, kau datang jumpa aku sebab kau nak aku putuskan hubungan aku dengan Syazana kan?� Lelaki itu masih marah padanya .
�Dan paksa aku utk terima kau sebagai kekasih aku ? Kan !!?? Sambung Zharief Hakimi. Namun gadis itu tetap diam seribu bahasa seperti mulut nya amat berat utk berbicara.

Selang beberapa minit kemudian, �Sya x pernah berfikir seperti itu. � Giliran gadis itu pula bersuara.
�Sya tak pernah paksa Akim terima Sya. Sya tak da niat semata mata nak jumpa Akim hanya utk paksa Akim putuskan hubungan dengan Syazana. Sya tak sejahat itu Akim.!� Tegas gadis itu walaupun dengan nada sedihnya. Memang benar, dia mencintai lelaki itu sejak di sekolah rendah,, Walaupun lelaki itu tidak pernah menerima cintanya, dia tak pernah berdendam dgn lelaki itu . Baginya ,menjadi sahabat kepada lelaki yg bernama Zharief Hakimi sudah cukup membuatkan dirinya rapat dengan lelaki itu. Bahagia sangat. Benarlah kata org, kalau kita suka dan sayangkan seseorang,tengok bayangnya pun sudah boleh mengukir senyuman bahagia di wajah kita.
� Sya dah terima kenyataan yg Akim tak pernah cintakan Sya. Sya cuma�.��
�Cuma apa!!!� Akim terus memotong kata-kata gadis itu tanpa membiarkan gadis itu menghabiskan bicaranya.
�Cakaplah!! Cuma apa?� Bentak Akim.
� Sya Cuma nak bagitahu, yg Sya akan pindah sekolah selepas cuti pertengahan tahun ni. Sya akan mulakan persekolahan dekat kampong nenek sebelah mamanya Sya.� Jelas gadis itu dengan sedih.
�Sya bagitahu Akim hal ni,sebab Akim sahabat Sya. Sya fikir Akim mungkin akan sedih bila Sya pindah kat sekolah lain, tapi Sya silap. Akim memang tak sedih langsung kan?�Akim tergamam dengan penjelasan gadis yg menjadi sahabatnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ternyata, sangkaan nya terhadap gadis salah semata- mata.
�Sya pergi dulu, Akim jaga diri. !� pinta gadis itu dan berlalu meninggalkan Akim yg masih tercengang.
Aisya Syaqeera, Gadis yg menjadi sahabatnya sejak kali pertama pertemuan mereka semasa di Darjah 4.
Sejak itu, Aisya Syaqeera mula menyukai Zharief Hakimi sehinggalah gadis itu memberitahu tentang perasaannya semasa mereka di Tingkatan 4.


************************IAM.AZYRA,OFFICIAL.EDITED***************************

BAB 1

3 tahun berlalu, kehidupan seseorang mula berubah. Jikalau dulu menempuh rintangan sebagai seorang pelajar sekolah,kini gadis kecil molek yg manis bertudung mula menjejakkan kakinya ke peringkat seterusnya. Biarpun terpaksa menangguh hasrat utk menyambung pelajarannya setahun yg lalu kerana membantu ibunya Puan Saleha Hamidun menjaga neneknya yg telah uzur, Kini, dia dengan semangat di hati sudah berada di kolej yg di idamnya . Kolej yg megah dgn nama Lim Kok Wing ini akan memjadi saksi ikrarnya utk mencapai cita cita sebagai penulis novel dan majalah yg berjaya setanding dengan penulis terkemuka iaitu Sharifah Abu Salem yg turut di jadikan idolanya. � Alhamdulillah, akhirnya aku Berjaya menjejakkan kaki kt kolej ni. Terima Kasih Ya Allah� ucapnya didalam hati tanda bersyukur kpd Tuhan sebaik saja melangkah masuk ke kolej tersebut.

�Aisya!!!!!!!!� terdengar jeritan seorang gadis yg berlari menerpa ke arahnya. Ya! Dia kenal siapa gadis itu. Anne Nur Aulia Sarbini. Sahabat dunia akhirat nya. Itulah janji mereka berdua ingin menjadi sahabat setia ke hujung nyawa,
� Ya Allah Aisya!!!!� Anne memeluk erat tubuh badan Aisya seperti tak mahu dilepasnya.
�Apa kena ngan kau ni?� Tanya Aisya sambil cuba melepaskan diri dari di peluk erat oleh Anne.
�Alolo�aku rindu kat kau la�..marilah aku peluk sikit.� Jawab Anne dengan gaya memuncungkan mulutnya utk memujuk. Anne terus memeluk lagi.
�Ish�.rimas la aku..macam kau tak pernah jumpa aku.� Bebel Aisya.
� Memanglah aku pernah jumpa kau, tapi tak selalu kan? Kalau aku cuti barulah kau jumpa kau. Ha�.tapi sekarang ni aku tak perlulah tunggu waktu cuti nak jumpa kau kan? Hari hari boleh mengadap muka kau.� Jelas Anne dgn penuh senyuman.
�Yalah tu .� balas Aisya sambil membalas pelukan sahabat sejati nya itu. Anne mengajak Aisya ke rumah sewanya yg tidak jauh dari kolej. Mereka berdua berjalan beriringan serta berpegangan tangan seperti adik beradik yg telah lama terpisah dan bertemu kembali. Itulah gaya Aisya Syaqeera dan Anne Nur Aulia sejak mereka di Tingkatan satu lagi.

**********************IAM.AZYRA.OFFICIAL.EDITED**************************


� Sayang ,,,� panggil gadis yang bergaun putih dengan corak bunga-bungaan kearah lelaki tinggi lampai yg baru keluar dari keretanya.
�Sayang�U masih marah kat I lagi ke? � Tanya gadis itu dengan lemah lembut. Zharief Hakimi masih diam dengan wajah yg masam, Tak ada sepatah perkataan pun yg keluar dari mulutnya.
�I tau ,, I buat salah kat U. Tapi I janji I takkan buat lagi. I janji sayang. � Syazana Elisya mengangkat tangan atas janji yg di ucapnya. Zharief Hakimi tetap mendiamkan diri .
� Betul ?? U takkan ulangi lagi kesalahan U??� Akim mula menyoal gadis yg berada di hadapannya.
� Ya! I takkan buat lagi. Lagipun, I memang tak suka kat Fazrin tu. Dia je yg cuba menggatal dekat I.  Honey,,,, please forgive me and trust me . I really love u Akim.� Rayu gadis itu sambil mengusap lembut pipi Zharief Hakimi.
�huh� okey kali ni I maafkan U. Tapi ingat kalau I Nampak U berdua-duaan dengan Fazrin tak guna tu lagi,, Tak da kemaafan utk U .. U get it??� tegas Zharief Hakimi.
� Okey syg..Don�t worry. I promise .� Balas Syazana Elisya dengan senyuman menggoda. Namun di kotak fikiran Zharief Hakimi masih lagi berfikir apakah status hubungan Syazana Elisya dengan musuh ketatnya itu Fazrin,,setelah melihat kemesraan mereka di perhentian bas yg berdekatan dgn kolej tersebut sewaktu dia memandu menuju ke tempat parkir. Kemesraan yg lain dari pandangannya,,gaya mereka seperti sepasang kekasih yg telah dilamun cinta,



************************************************************************


� Aisya!!!!� Tegah Anne Nur Aulia di belakang Aisya membuat gadis itu terperanjat.
�Kau ni apasal? Terkejut aku. Kalau aku ni ada sakit jantung, rasanya kau memang dah makan nasi free kat kampung aku tau.� Bebel Aisya sambil mengurut dadanya. Nafas nya turun naik akibat terkejut dgn tegahan Anne.
� Ish�kau ni, memang tak sayang mulut eh ? Ada ke cakap macam tu.� Ujarnya.
Aisya masih mengurut dadanya.
�Hei..jom gi lunch aku belanja . � ajak Anne.
� Amboi�..byk nya duit kau nak belanja aku??� Tanya Aisya dengan sindiran.
�Hehe�aku da duit lebih sikit. Ya lah..kau kan selalu belanja aku. So..sekarang biar aku pulak belanja kau. Adil dan Saksama, Betul tak ?�
�Hmm..Ya lah tu�aku ok jer..makanan free sapa yg tak nak??� gurau Aisya .
�Ha,,ha,,.dah lah..jom gi lunch . Aku dah lapar dah ni.� Anne Nur Aulia menarik tangan sahabanya itu menuju je kafe kolej.


**************************************************************************


�Kau order jer pa yg kau nak. Kau jangan risau nanti aku bayar .� Anne memulakan bicara . Namun Aisya tetap membelek kad menu itu.
�Hoi!!� Sekali sahabat itu menegah. Seperti biasa Aisya akan terkejut.
� Apa kau ni Anne?? Tegah aku mcm tu?? Terkejut aku tau!� marah Aisya dengan nada lembut.
�Kaulah! Dari tadi asyik tengok jer kad menu tu. Bila nak order nya ???�
�Aku tak tahulah nak makan apa. Sebab aku tak lapar lagi. � ujar Aisya sambil meletakkan kad menu itu dihadapan Anne.
�Nah ! kau jer yg order . Tadi kau cakap lapar sangat kan?� pinta Aisya.
�Ish,,kau ni..aku nak belanja kau, Kau mestilah order makanan jugak.�
�Aku tak lapar. Aku nak minum jer.�
�yalah yalah�aku jer yg order..lapar sgt dah ni. Org nak bagi makan free tak nak pulak. Nanti bila aku tak da duit,,sibuk pulak nak suruh aku belanja.� Bebel Anne sambil memilih menu makanan yg ingin di santapnya. Aisya hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.



  Perpustakaan kolej tersebut lengang. Hanya kelihatan beberapa pelajar yg memenuhi ruuangan bilikm tersebut. Maklumlah, ramai yg dah balik. Kelas dah abiz,apa tunggu lagi balik je lah.
Di antara pelajar � pelajar yg berada di dalam bilik perpustakaan tersebut, kelihatan seorang jejaka yg sibuk membelek- belek buku di rak tersebut.

� Aduh!� Jejaka itu berlanggar bahu dengan seorang gadis yg kecil molek berbaju kurung biru dan bertudung merah jambu . Buku yg di tangan masing-masing terjatuh ke bawah.

�Maaf saya tak sengaja.� Ucap jejaka itu sambil mengutip kembali buku yg telah jatuh. Tiba-tiba, mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Ya! Pertemuan kembali antara dua insan yg terpisah, Dua sahabat yg berselisihan faham tanpa kemaafan dari diri mereka berdua.

Diam. Tiada suara dan kata-kata yg keluar dari bibir mereka berdua. �Sya,,� Tiba-tiba nama itu keluar dari mulut jejaka itu. Jantung Aisya Syaqeera mula bergetar. Getaran yg sama dia rasakan saat mula menyukai jejaka itu semasa di darjah 4. Ya! Itulah jejaka yg membuat dia jatuh cinta,membuat dia terluka, Itulah Zharief Hakimi Johari atau nama glamor yg diberikan khas oleh Aisya iaitu AKIM.


**************************************************************************


BAB 2



biar aku mencintaimu�
dalam diam ataupun bisu,,,
I�m sorry but I love you,,,
I�m sorry if I miss you�
even if I can�t have you,,,
You know I�ll always be
there,,,
for you,,,,


Terdengar alunan muzik lagu cinta yg berkumandang dari laptop Aisya Syaqeera. Lagu nyanyian penyanyi muda berbakat besar Najwa Latif membuat fikiran gadis itu melayang seolah-olah tidak berada didunia realiti, Fikirannya terus menerpa ke kenangan silam sewaktu di sekolah rendah. Saat pertama kali menghulurkan salam perkenalan kepada seorang budak lelaki yg agak comel masa itu.

�Assalamualaikum awak ?� budak perempuan kecil yg berambut bentuk square dan bercekak merah di kepala memberi salam kepada seorang budak lelaki yg sibuk mengikat tali kasutnya.
�Walaikummusalam.� Jawab budak lelaki itu.
�Awak budak baru kan?� budak perempuan itu mula bertanya.
�Ya saya.� Jawab budak lelaki itu pula.
�Nama saya Aisya Syaqeera Binti Adam. Siapa nama awak?� Budak perempuan itu mula memperkenalkan diri sambil menghulur tangan.
�Err,,nama saya Zharief Hakimi Bin Johari.� Akim menyambut tangan Aisya. Bersalaman antara satu sama lain. Dari situ perkenalan antara mereka. Kerana sikap peramah Aisya sendirilah yg membawa duka lara nya sehingga kini. Cinta yg bersemi sejak perkenalan itu dipendam sehingga ke sekolah menengah tinggi.
  Aisya mengambil keputusan utk memberitahu perasaannya terhadap Akim apabila mereka berada di Tingkatan 4. Baginya,mungkin keputusan yg dibuat nya adalah satu keputusan yg betul. Keakraban mereka berdua dari hari ke hari membuatkan cinta di dalam hati Aisya semakin berbunga.

  �Awak nak cakap apa ni??� Tanya Akim dengan hairan. Tiba-tiba sahaja Aisya ingin berjumpa dengannya berdua. Seperti ada perkara yg penting.

�Hei..Sya??� Akim kembali menanya apabila melihat Aisya termenung kosong.

�Apasal ni?? Tadi awak kata ada benda nak bagitahu saya. Awak nak cakap apa??� Akim menanya lagi soalan yg lebih kurang sama. Namun Aisya merenung wajah Akim sebelum menarik nafas dan menghelakannya kembali.

�Okey..macam ni�� Aisya mula bersuara.

�Sya tak tahu macam mana nak bagitahu Akim�yang Sya�..�  suara Aisya seperti tersekat sekat. Terasa tak mampu hendak meluahkan kata kata.

�Yang apa??? � Akim menyoal lagi. Wajahnya berkerut. Dia tidak faham apa yg hendak gadis kecil molek di hadapannya itu luahkan padanya�

�Sya �..suka kat Akim!� dengan pantas Aisya menghabiskan kata katanya dan terus berlari menuju ke tandas. Akim yg masih terkejut dengan pengakuan Aisya hanya mampu termenung.



�Hoi�BFF??� Lamunan Aisya serta merta hilang. Terpadam kenangan lama yg menjelma di bayangan matanya akibat tegahan oleh Anne Nur Aulia. Seperti kebiasaan Aisya yg menjadi mangsa terkejut,.

�hahahaha�.kau pahal ni Sya?? Termenung jauh Nampak?� Tanya Anne dengan penuh rasa ingin tahu. Mana tidaknya, Anne baru sahaja balik dari kedai buku,masuk jer bilik jumpa sahabatnya termenung. Mula lah rasa ingin tahu nya�


�Tak da apa apa lah..� jawab Aisya dengan ringkas.
�Tipu!� balas Anne dengan cebikan di bibirnya.

�Betul la..�
�Kau tipu,,,kau mesti da problem kan? Kalau tak, kenapa muka macam orang mati laki jer ni. � Anne mula menyiasat masalah sahabatnya.

�Okey,,okey,,aku bagitahu,,� Aisya mengalah. Kalau tak mengalah , Anne asyik menyoal habis habisan.

�Aku jumpa someone yg aku tak nak jumpa.� Aisya akhirnya bagitahu masalah besarnya.

�Sapa? � Anne menyoal lagi.

�Akim..�

�Akim mana pulak?? Ha!!!!!!!!! Kau jumpa Akim Ahmad ke?? Hero drama Kampung Girl tu ke? Eh ! mana kau jumpa dia?? Tak bagitahu aku eh?? Kau jumpa sorang sorang ye.? Alah..melepas pulak aku..ish �ish..� bebel Anne dengan panjang lebar.

�Hei!!! Apa kau merepek ni?? Apasal pulak aku nak jumpa si Akim Ahmad tu?? Bukannya aku kenal dia pun.!� Aisya mula marah tapi masih di tahap kemarahan yang stabil.

�Dah tu?? Kau jumpa Akim mana pulak??�

�Zharief Hakimi.�

�Larrrrr�..ku ingatkan sapa tadi. Memang la kau jumpa dia..sebab dia kan study kat kolej ni jgk..�

�Apa?? � Aisya terkejut dengan kata kata Anne. �alamak! Terlepas cakap pulak� keluh Anne dalam hati.

�So..,maknanya kau tahu la yg Akim tu study kat kolej ni?? Why you don�t tell me??� Aisya marah. Kali ini kemarahan membuat Anne terdiam.

�Okey..okey,,,aku boleh jelaskan.� Anne mula memujuk


�Bukan aku tak nak bagitahu,tapi kalau aku bagitahu kat kau pasal Akim yg dia study kat kolej ni jugak,aku yakin kau mesti tak nak belajar kat sini kan??� Aisya diam dan terus menunggu penjelasan dari Anne,

�Kalau kau study kat tempat lain,makna nya kau akan tinggalkan aku sorang sorang kat sini.. Aku tak nak Sya. Aku nak dengan kau.� Jelas Anne dengan nada sedih. Baginya, Aisya lah satu satunya sahabat terbaik yg pernah dia ada.

�Kau tak perlulah nak fikir pasal Akim tu. Lagipun dia masih bercinta ngan Syazana ��

�Hah??� Aisya ternganga apabila mendengar kata kata Anne.

� Syazana pun study kat sini??� Aisya pula yg bertanya. Anne mengangguk kepala tanda benar.

�Sya,,,,lupakan je la�tak payah fikir benda tu semua. Lagipun, kita datang sini nak study bukan nak bercinta. Betul tak?�
Aisya mengangguk tanda setuju. Aisya senyum di ikuti Anne pula. Walaupun dalam hati Aisya masih takut. Takut berdepan dengan Akim. Takut hati terluka lagi. Takut hatinya tak kuat bila terserempak dengan jejaka itu kerana dia tahu dia harus menjaga hati seseorang yg bakal menjadi sebahagian dari hidupnya.


**********************************************************************************************************************************************************


BAB 3

Kedengaran jelas lagu Bahagiamu Deritaku nyanyian Hafiz Suip, yg menjadi lagu latar panggilan masuk pada telefon bimbit Aisya Syaqeera. Gadis yg tgh khusyuk menyiapkan assignmentnya terus mencapai dan menjawab panggilan telefon tersebut.

� Hello..Assalamualaikum?� ucap Aisya dengan senyuman di bibir.

�Walaikummusalam sayang.� Kedengaran suara merdu seorang lelaki di hujung talian. Kelihatan senyuman yg terukir di wajah Aisya semakin lebar .

�Tak tidur lagi ke??� Tanya Hadry Rafizi.

� Belum lagi. Tengah buat assignment ni. Abg Hadry tak tidur lagi ke??� jawab Aisya dengan mesra di sertakannya dengan soalan yg sama seperti Hadry Rafizi.

�Tak.. Abg kat hospital ni.�

�Tak balik lagi?? Dah pukul berapa dah ni??�

�Ada emergency sayang.�

� Amboi..ada emergency,,tapi sempat jugak call saya ??�

�Emergency tu dah settle. Tiba-tiba pulak rasa rindu sangat kat Qeera.�

�Oooo�.ya lah tu.�

�Ya lah.. nak harap kan orang tu..hmm ada ke tak rindu kat kita??�

�Ish..abg ni�rindulah..�

�Haha�okeylah..abg nak balik ni.. sayang jangan tidur lewat sangat tau! Abg tak da kat sana nak jadi doctor utk sayang.� Pesan Hadry kepada tunang kesayangannya itu.

�Baiklah doktor Hadry,, saya akan ingat pesan doktor.� Balas Aisya dengan gurauan.

�Okey.,good night. Assalamualaikum.� Ucap Hadry Rafizi sebelum mengakhiri perbualan mereka.

�Walaikummussalam.� Jawab Aisya sebelum menekan butang merah di telefon bimbitnya. Aisya tersenyum sendiri sebelum kembali menyelesaikan kerjanya, Kelihatan Anne yg baru keluar dari bilik tandas sedang mengelap rambut nya yg basah terus menanyakan soalan kepada sahabatnya itu.

�Siapa yg call tadi?� Tanya Anne yg berdiri di sebelah meja Aisya sambil masih lagi mengelap rambutnya dengan tuala .

�Hadry.� Jawab Aisya sepatah.

�Hadry? Tunang kau tu ke?� Anne mula member soalan.

�Ya.�
�Ooo�agaknya bila lah kau nak kenalkan tunang kesayangan kau tu kat aku?� soalan mula bermain dibibir Anne sambil duduk di hujung atas katil bilik Aisya.

�Nanti lah. Kalau dia tak sibuk, nanti aku bawa kau dan kenalkan kau kat dia. Okey??� Aisya menjawab dengan gaya memujuk. Kalau tak di jawab,hari hari dia akan ditanya dengan soalan yg serupa. Penat jugak nak fikirkan jawapan nanti. Mana taknya, Hadry tu kerja sebagai doktor. Boleh dikatakan masa lelaki itu hanya dekat hospital. Tapi walau sibuk macam mana pun, dia tetap tidak lupa utk mengambil berat pasal tunangnya Aisya Syaqeera.

�Ya lah ya lah.� Balas Anne .

� Hmm..,macam mana lah rupa wajah tunang kau eh?? Ya lah aku Cuma dengar nama jer. Rupa belum tengok lagi.Hei..handsome tak rupa Doktor Hadry tu??� Bermacam macam soalan mula di Tanya oleh Anne Nur Aulia.

�Hmmmm�handsome la jugak.. ada macam pelakon bollywood.�

�Hah?? Macam Shah Rukh Khan ke?? Tak pun macam Shahid Kapoor??�

�Haha�tak lah..macam Saif Ali Khan. �

�Saif Ali Khan?? Awwwww� handsomenyerr,,,, Aku dah dapat bayangkan rupa Saif Ali Khan pakai baju doctor, So Handsome!�

�Hahaha�dah lah, Kau ni mengada ngada je.� Aisya cuba memberhentikan perbualan mereka. Sedangkan Anne masih lagi berangan.




************http://facebook.com/ainnurizzuera********instagram::iamazyra92*********






BAB 4

 Akim kelihatan gelisah apabila dia cuba menelefon Syazana tapi tiada jawapan di hujung talian. Dia mendail berkali kali nombor telefon gadis itu namun masih tiada jawapan diterimanya. Dengan tidak sengaja Akim terpandang Aisya yg baru melintas di hadapannya.

� Aisya!� Tanpa membuang masa Akim memanggil gadis yg berbaju blaus merah jambu serta berseluar jeans hitam itu. Aisya menoleh namun tiada sepatah kata pun keluar dari mulut Aisya. Mereka bertentangan mata. Memandang antara satu sama lain.
� Ya Allah ! Dia berada di depan aku. Dia panggil aku. Apa aku nak buat nih?� getus Aisya dlm hati kecilnya.

� Tak sangka jumpa kau kat sini?� Akim memulakan bicara yg terdiam tadi.
Aisya menunduk tanpa membalas kata kata Akim.

�Kau apa khabar?? Sihat ke?? � Akim kembali menyoal. Namun Aisya masih menunduk. Dia tak mampu hendak bertentangan mata dengan lelaki itu. Hati nya akan sedih. Air mata nya akan mengalir.

�Aisya�.� Akim memanggil nama gadis itu dengan perlahan.

�Errr,,maaf Sya ada kelas. Sya kena pergi sekarang. Maaf ye !� Aisya berlalu begitu sahaja tanpa menjawab semua soalan yg diajukan oleh Akim sebentar tadi. Akim hanya melihat dan mengeluh perlahan. Tiba-tiba dia terserempak dengan sahabat baik Aisya.

�Eh! Akim !!� Sapa Anne .

�Hai Anne !�

�Hai !� Balas Anne sambil tersengih.

�Okeylah.. Saya kena pergi ni� bye !� pinta Anne. Dia ingin cepat berlalu dari situ. Takut pulak Akim menanya kan perkara yang dia tidak boleh nak jawab.

�Anne tunggu kejap !� Langkah Anne serta merta berhenti.

� Ada apa Akim??�
�Awak ada kelas ke sekarang??�

�Errr..tak da. Kenapa?� Anne mula hairan dengan soalan Akim.

�Jom gi kafe. Temankan saya breakfast.� Akim mempelawa. Dia ingin menggunakan kesempatan ini untuk menyoal Anne tentang Aisya Syaqeera.
Anne menerima pelawaan Akim. Memang kena lah,perut dia pun dah lapar agaknya. �mungkin dia nak belanja aku� kata Anne dlm hati sambil tersenyum mengiringi Akim menuju mke kafe .


*****************************************************************************


�Pasal Aisya??� Anne terkejut dengan kata kata Akim. Perkara yg Anne ingin elakkan dari tadi kini dah terjadi. �Aduh! Aku nak cakap apa nih? Ish�.kenapa dia tiba-tiba nak tau pasal Aisya nih?� Bebel Anne dalam hati.

�Saya teserempak dengan Aisya kat lobi tadi. Dia macam nak mengelak dari saya je.� Ujar Akim.

�Awak mesti tau apa apa kan?� Akim mula menyoal.

�Apa?? Mengelak??� Anne menyoal kembali seolah olah tidak tahu apa yang sedang terjadi antara Akim dan Aisya.

�Ya.� Jawab Akim ringkas.

�Errmm�saya tak tahu la�Dia tak da pun cakap apa-apa pun pasal awak.� Anne menjawab dengan senyuman .

�Tapi, tadi dia nampak�.� Sebelum sempat Akim menghabiskan ayat nya,Anne terus mencantas.

�Larrrrr�saya lupalah yg saya ada kelas jam 8.30 pagi ni. Sorryla, saya kena pergi ni. � ujar Anne dengan pantas. Dia ingin segera meninggalkan Akim,takut pulak Akim menanyakan banyak soalan. Penat jugak nak menjawabnya nanti. Anne berlalu keluar dari kafe tersebut dan terus mencapai telefon bimbit nya dalam beg tangan yg dibawanya. Dia terus mendail nombor telefon Aisya.

�Tutt�tutt,,,,� panggilan Anne tidak berjawab.

�Ish..mana pulak pegi minah nih?? Call tak angkat pulak..� bebel Anne sendirian sambil mencuba lagi menelefon Aisya.Namun masih tidak berjawab. Anne terus menyimpan telefon bimbitnya kembali di dalam beg.

�Baik aku pegi carik dia kat library jer la..mana tau dia ada kat sana. Huh!!� Anne kembali membebel sambil berjalan menuju ke perpustakaan . Tanpa dia sedari, Akim memerhatikan gerak geri Anne sejak gadis itu berlalu meninggalkannya di kafe tersebut.


***************************************************************************

�Aku dah agak dah kau mesti kat sini.� Sapa Anne kepada Aisya tekun membaca buku dalam perpustakaan tersebut.

�Ish,,kau ni,,slow la sikit suara kau tu.. kita kan library tau,� tegur Aisya dengan nada yg perlahan.

�Sorry� jawab Anne selamba.

�Kau tau tak ?? Akim tanya pasal kau tau.� Ujar Anne sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Aisya.

� Akim?? Tanya pasal aku?? Pasal apa?� Aisya terus memberi soalan. Dia hairan dengan kata kata Anne tadi.

�Dia tanya kat aku,kenapa kau mengelak dari dia??� jawab Anne.

�Kenapa dia nak tau??�Aisya kembali menanyakan soalan.

�Manalah aku tahu..� balas Anne sambil menjongketkan kedua dua bahunya.

� Habis tu kau jawab apa??� Soalan lagi di ajukan Aisya kepada sahabatnya itu.

�Aku tak jawab apa-apa pun. Aku cakap kat dia yg aku ada kelas dan aku pergi dari situ la.� Jawab Anne sambil bermain kosong dekat skrin telefon bimbitnya.
Aisya hanya mengangguk mendengar jawapan Anne.

�Nie aku telefon kau tadi. Kau tak angkat kenapa pulak?� Giliran Anne mula mengajukan soalan.

�oo�handfone aku mod silent.� Jawab Aisya dengan selamba.

�Hmm..patutlah� ujar Anne .



Aisya baru sahaja keluar dari kelasnya. Dia ingin segera keluar dari fakulti tersebut kerana takut terserempak dengan Akim. Dia melangkah cepat keluar dan menuruni tangga di luar kolej tersebut.Namun langkahnya terhenti apabila terpandang seseorang yang bersandar di sebuah kereta hummer yg melambai-lambai ke arahnya. Jejaka itu mula menghampirinya,

�Hai sayang !� ucap Hadry Rafizi kepada Aisya. Gadis yang menjadi tunangnya sejak setahun lepas.

�Err..hai. Abg E buat apa kat sini??� Tanya Aisya kehairanan melihat kelibat tunangnya itu tiba-tiba muncul di luar kolej.

�Nak jumpa tunang sendiri,kena ada alasan ke?� Hadry menanya kembali tanpa menjawab soalan yg di ajukan oleh gadis itu.

�Takla.,,Cuma saya takut kalau la saya tak habis waktu kelas, Nanti Abg tunggu lama pulak kat luar ni..� Jelas Aisya.

�Nasib baik Abg jumpa saya tepat pada waktunya.� Ujar Aisya dengan senyuman yg lebar.

�Haha,,Abg tak kisah la. Lama macam mana pun Abg akan tetap tunggu jugak.� Balas Hadry dengan senyuman yang manis sambil mencuit manja hidung tunangnya itu.

�Sebenarnya, abg nak ajak Qeera keluar. Kita pegi lunch sama-sama.� Pelawa Hadry.

�Ooo�okey ..tapi abg E belanja tau.� Pinta Aisya.

�As usually.� Balas Hadry selamba. Aisya tersenyum lebar . Hadry mengiringi Aisya ke hummernya. Dia membuka pintu hummernya di sebelah kiri, Aisya terus masuk kedalam kereta, Manakala Hadry duduk tempat memandu. Mereka berlalu meninggalkan kawasan tersebut.


BAB 5

Akim mencapai telefon bimbit nya di atas meja ruang tamu. Dia mula mendail nombor telefon teman wanita nya . Terasa rindu pula pada gadis yang di cintai sejak sekolah menengah tinggi itu.

�Helo,,,??� Kedengaran suara Syazana lemah seperti baru bangun dari tidur.

�Helo..sayang?� Akim membalas sahutan tersebut.

Syazana melihat kembali telefon bimbitnya. Ternyata dia tidak perasan bahawa Akim yang menelefonnya.

�Helo..you �.� Akim hairan dengan suara Syazana.

�U kat mana nih?? I ingat nak ajak U keluar nanti pukul 9 pagi ni.� Ujar Akim.

�Err,,tak boleh la You.. I da assignment kena buat ni.  Maybe , next time kita keluar date . Okeyh??� Syazana mula menipu. Padahal dia ada temujanji dengan lelaki lain yang merupakan musuh ketat Zharief Hakimi di kolej.

�ooo..ya ke ?? Tak pa la.� Akim kecewa dengan penolakan Syazana. Dia mematikan talian tersebut. Huh!! �Akim mengeluh perlahan. Rasa rindu dia terhadap Syazana tadi mula mati dengan serta merta. Dia mula perasan bahawa teman wanita nya itu sudah jarang meluangkan masa bersamanya. Kalau di ajak keluar temujanji,ada saja alasan yang diberikan oleh Syazana. Fikiran nya mula melayang pada zaman persekolahan nya. Dia mempunyai seorang sahabat perempuan yang selalu ada masa utk berada disisinya.

�Aisya Syaqeera� nama itu mula bermain di bibirnya dan juga di ingatannya. Dia mula mengimbas kembali saat saat mereka bersama sewaktu di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Sebelum dia mula menyukai dan jatuh cinta pada Syazana Elisya,dan menyakiti hati Aisya dengan kebodohan nya sendiri. Walaupun Aisya berada dekat dengannya di kolej ,namun sukar utk nya mengucapkan kata maaf apabila gadis itu cuba mengelak dari berjumpa dengannya.


****************************************************************************

� Hai Sya??� Sapa Akim sebaik sahaja melihat Aisya duduk di kafe kolej.

�Hai .� jawab Aisya dengan wajah menunduk. Dia mula gelisah.Ingin sahaja dia berlari keluar meninggalkan Akim. Namun kakinya seakan kaku utk melangkah bangun dari tempat duduknya.

� Why you avoiding me Sya?� Akim mula bersoal.

�Avoiding??� Aisya kembali menanya tanpa menjawab soalan Akim.

�Bila masa pulak Sya nak mengelak dari awak?� Tanya Aisya. Hati nya mula berdebar apabila Akim memandangnya . Dia kembali menunduk wajahnya sambil tangannya bermain dengan sudu yg tersedia dalam minumannya.

� Kalau Sya tak mengelak,kenapa Sya tak nak cakap ngan Akim??�

�Bukan sekarang ni kita tengah bercakap.??� Aisya masih menanyakan soalan tanpa member jawapan kepada soalan yg dia ajukan oleh Akim sebentar tadi.

�I mean sebelum ni?? Sya selau terserempak ngan Akim kan? Tapi kenapa Sya tak pernah nak tegur Akim.?�

�Sya tak nak jadi perigi cari timba. Lagipun, Sya berada kat kolej ni nak study. Nak capai impian. Bukan nak cari awak.� Balas Aisya dengan sinis.Supaya hati Akim terasa sakit dengan kata katanya.

�Tapi, tak salahkan kalau tegur sahabat lama??�

�Sahabat?? Sya ni sahabat awak ke??� Aisya bingkas bangun terus mencapai beg nya dan hendak berlalu dari situ. �Aisya!� langkahnya terhenti bila namanya kembali di panggil.

�Akim tau, Sya masih marah kat Akim atas apa yg Akim buat kat Sya dulu kan?� Akim kembali meneruskan kata katanya. Aisya masih tercegat membelakangi jejaka itu .

�Akim minta maaf. Akim salah.� Pinta Akim dengan nada perlahan. Aisya berlalu tanpa membalas kata kata Akim. Tidak menoleh walau sekali. Anne yang meyaksikan kejadian itu hanya mampu tercengang dan terus melangkah pergi mengiringi langkah Aisya.

bersambung... 

p/s : CIA try sambung cerpen and enovel yang still tergantung. tapi untuk VAMPIRE HOUSEMATE, CIA tangguh kejap tau. huhu. :D.
0 Komentar untuk "Cerpen : Takdir Cinta Kita 1"

Back To Top